Kes baharu Covid-19 di Malaysia menyaksikan sedikit penurunan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebanyak 4,896 kes dilaporkan hari ini berbanding 5,551 kes semalam.

Menurut beliau, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,654,474 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Sementara itu, dalam kes berasingan sebuah sekolah tahfiz di Chenderah Melaka ditutup tujuh hari selepas dikesan terdapat kes jangkitan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, mereka yang didapati positif kini sedang menjalani kuarantin wajib.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin sudah melakukan saringan kepada semua pelajar dan staf di sekolah berkenaan.