,
Laman Utama

COVID-19: “Turun Naik Macam Rollercoaster”- Kes Kembali Meningkat, Sarawak Tertinggi

Syafiqah Jalal
15/09/2021
10:15 MYT
Kes jangkitan baharu COVID-19 kembali meningkat hari ini berbanding beberapa hari sebelum ini dengan mencatatkan sejumlah 19,495 kes sepanjang 24 jam yang lalu.
Dengan jumlah baharu ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini ialah 2,030,935.
Sarawak pula muncul selaku negeri tertinggi merekodkan jangkitan baharu berbanding Selangor sebelum ini iaitu 4,709 kes diikuti Selangor yang mencatatkan 2,710 kes.
Ia diikuti Sabah dengan 2,015 kes disusuli Johor 1,860 kes jangkitan, Pulau Pinang 1,757 kes dan Kelantan yang mencatatkan 1,434 kes.
Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan sifar kes sepanjang tempoh 24 jam setakat ini.
Tinjauan Gempak ke media sosial rata-rata sudah mula menjangkakannya.
“Rollercoaster as usual,” komen salah seorang warga maya.
“Kejap naik, kejap turun bila nak habis,” kata salah seorang netizen.
“Naik lagi…Orang ramai dah mula ke sana ke sini,” keluh salah seorang warga net.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.