Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.

Uniknya tentang lagu Paku Durjana, karya itu merupakan eksperimentasi pertama dalam genre tradisional dan moden.

"Kami sangat teruja untuk menyampaikan karya dalam genre yang ke arah tradisional campuran moden kerana ini adalah kali pertama kami bereksperimen dan bermain dalam genre seperti ini.

"It has always been our identity dan kami ingin mengekalkan identiti itu selama kami berada di dalam industri. Namun, kami juga sangatlah terbuka untuk eksperimen pelbagai jenis genre.

"Jadi, Paku Durjana adalah salah satu peluang yang sangat berharga bagi kami, dapat berkolaborasi dengan filem dari Indonesia dan menghasilkan lagu berdasarkan adat dari negara jiran. Kami harap kami dapat sampaikan genre ini dengan baik," kata COËX.

A post shared by COËX (@wearecoex.official)

BERITA TRENDING: "Kami Bukan Pendatang Baharu Yang Biasa-Biasa" - COEX


Paku Durjana merupakan kerjasama dengan komposer Emeer Bakri, Amsyar Razqa dan Sabbala serta Mikaela COËX.

Perjanjian syaitan

Lagu ini mengisahkan tentang wanita yang melakukan perjanjian dengan syaitan dimana perjanjian itu membawa kemudaratan kepada diri serta ahli keluarganya. Dia nekad untuk memutuskan perjanjian sekaligus melepaskan diri dari cengkaman syaitan tersebut.

COËX yang terdiri daripada empat gadis cantik - Mikaela, Elysha, Dals, dan Amy merupakan artis di bawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) yang pernah menyertai pertandingan realiti Big Stage Musim 5.

Bagi COËX, lagu ini adalah salah satu projek yang amat bermakna dan mengujakan kerana penglibatan diri mereka untuk penghasilan juga konsep yang diberikan oleh pencipta lagunya.

"Berdasarkan filem Paku Tanah Jawa, kami juga ingin menyampaikan bahawa semangat individu seseorang wanita itu adalah sangat penting. Walaupun ditindas, kita harus kuat menghadapi apa jua cabaran dan kami juga ingin menyampaikan bahawa wanita bukanlah sebarang ‘objek’.

"Wanita harus menunjukkan kekuatan tersendiri dan ‘not be controlled’. Standing up for yourself is always important!" tambah COËX.


Lagu Paku Durjana boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan muzik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube COËX.official.