Hiburan

Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Cinta Seorang Cat Lover, Yayan Sanggup Habiskan Masa & Tenaga Selamatkan Kucing Jalanan

Mya Amri
22/06/2024
13:20 MYT
Pencinta dan penyelamat kucing jalanan, Nor Izyan Syahida atau Yayan tidak menyangka dirinya tercalon bagi anugerah Wonda Coffee Keluang Man of The Month untuk bulan ini.

Tak sangka tercalon

Yayan ketika dihubungi Gempak berkata dia terkejut sebaik sahaja mendapat berita mengenai pencalonan tersebut.
“Saya pun tak tahu sebenarnya tercalon, tiba-tiba dapat notifikasi jemputan kolaborasi daripada Astro Gempak di Instagram.

“Mula-mula saya rasa macam eh siapa yang mengundi untuk saya dicalonkan sebab tiba-tiba nama saya ada.

“Rasa macam tak percaya sebab pencalonan lain semuanya nama yang hebat hebat,” ujarnya.

Penghargaan buat pencinta kucing

Mengulas mengenai pencalonannya, Yayan berkata penganjuran anugerah seperti ini amat bermakna kerana ia seperti satu penghargaan buat dirinya yang juga pencinta kucing.

“Secara jujurnya saya rasa ini pertama kali adanya penghargaan untuk kami sebagai pencinta kucing di mana kita memberikan sumbangan untuk kucing, habiskan tenaga untuk haiwan.

“Selalunya ramai yang nampak orang berbuat baik sesama manusia, tolong orang sakit dan sebagainya.
“Tapi Astro Gempak ini nampak usaha kita kepada haiwan. Sebab apabila berkenaan dengan haiwan, jarang orang nak nampak usaha kita.
“Jadi bila adanya anugerah seperti ini merupakan satu penghargaan bagi saya dan juga pencinta haiwan yang lain,” ujarnya.
Terdahulu, Yayan sering menjadi tumpuan netizen kerana membantu dan menyelamatkan kucing jalanan atau yang didera.
Sehingga kini Yayan masih lagi gembira dan ikhlas dalam melakukan tugasan menjaga serta menyelamatkan kucing jalanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Undian Dibuka, XYZ Team, Yayan & Jiu Ming Ge Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!

ARTIKEL BERKAITAN: Aleeya Zailan Puji Penganjuran Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Ramai Yang Suka Buat Kebaikan”

Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wantedmerupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.
Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif di dalam komuniti kita.
Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang keluang Man.

ARTIKEL BERKAITAN: Aleeya Zailan Hero Tempatan, Masak Untuk Orang Masjid! | Wonda Coffee Keluang Man Of The Month

ARTIKEL BERKAITAN: Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Jom Calonkan Individu Pilihan Anda Untuk Bulan Jun!

ARTIKEL BERKAITAN: Lando Jadi 'Adiwira' Selamat Nyawa Pengguna Jalan Raya

Undian dibuka bermula Rabu, 11.00 malam setiap awal bulan dan berakhir pada Rabu, 10.30 malam setiap akhir bulan. Undian boleh dibuat di www.gempak.com/gempakmostwanted.
Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted.
Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

gempak
15/07/2024
12:55 MYT
"Air di dalam baldi yang diminum kucing boleh dibuat wuduk," jawab Ustaz Azhar Idrus berkaitan persoalan dalam kesucian perlaksanaan wuduk dalam kalangan umat Islam.
Hiburan

"Punyalah Jaga Macam Anak, Nak Jentik Pun Tak Sampai Hati" - Intan Najuwa Simpati Nasib Haiwan Didera, Mohon Jaga Penuh Kasih Sayang

gempak
02/07/2024
23:55 MYT
Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa menempelak tindakan segelintir individu yang sewenang-wenangnya menganiaya dan mendera haiwan peliharaan.
Viral

Remaja Bakar Kucing Diperintah Bon Kelakuan Baik Selama Setahun

gempak
27/06/2024
14:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang mengaku bersalah membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di sini pada April lepas, diperintahkan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Viral

Lelaki Warga Asing Lapah Kucing Ditahan Polis

gempak
26/06/2024
20:50 MYT
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
Berita

Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jejak Pelaku Lapah Kucing

gempak
24/06/2024
18:25 MYT
Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM3,000 kepada saksi yang menyalurkan maklumat dan mengesahkan kejadian seorang lelaki melapah kucing di Pasar Meru, Klang, Selangor baru-baru ini.