Cuba ‘Street Food’ Di Vietnam, Ben Amir Enjoy Momen Tengah Single - “Bila Semua Kawan Nak Kahwin & Ada Anak Tapi…”
Asyikin Mayudin
03/04/2024 13:00 MYT
03/04/2024 13:00 MYT
Masih lagi memegang status bujang, pelakon Ben Amir berkata dia kini menikmati kehidupannya di saat rakan-rakannya ingin berkahwin dan mempunyai anak.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Ben Amir malah memberitahu dia kini berada di Vietnam bagi mencuba pelbagai makanan tempatan di sana.
“Bila semua kawan nak kahwin dan mempunyai anak tapi anda berada di negara lain lagi untuk mencuba makanan tempatan mereka,” kata Ben Amir.
Netizen Nasihat Jangan Kahwin
Rata-rata netizen di ruang komen di perkongsian itu turut menasihati Ben Amir agar tidak tergesa-gesa untuk berkahwin dan menikmatilah kehidupan sebagai bujang selagi boleh.
“Ben Amir, jangan kahwin la. Relax saja.
“Never mind Ben, just enjoy it life as it is.
“Aih, anda tak keseorangan. Geng anda hadir,” komen beberapa netizen.