Hiburan

Cute & Handsome! Gaya Rambut Fify Azmi Jadi Tumpuan, Netizen Sahut Cabaran #ZainHairChallenge!

Hanafis Haris
03/12/2019
09:35 MYT
Filem aksi terbaru arahan Adrian Teh bukan saja mencetuskan fenomena dari segi aksi pertarungan, malah gaya yang ditampilkan oleh pelakonnya juga menjadi trend buat segelintir penonton.
Antara yang menjadi tumpuan termasuklah potongan rambut yang digayakan oleh pelakon yang membawa watak Zain iaitu Fify Azmi atau nama sebenarnya, Nor Afiqah Mohamed Azmi, 29.
Dengan gaya potongan rambut digelar sebagai 'short side' itu, rata-rata netizen dilihat cuba menyahut cabaran #zainhairchallenge di Instagram.
Ini antara peminat Fify yang berani menyahut cabaran berkenaan. Amacam?
Bagi yang tidak mengenali Fify, dia merupakan pelakon utama dalam flem Wira.
Fify memegang watak sebagai Zain iaitu abang kepada Hairul Azreen (Hassan Munas).
Biarpun pertama kali membawa watak utama di layar perak, lakonan Fify mendapat pujian ramai termasuklah pengkritik filem.
BACA: "Lakonan Dia Sangat 'Bad Ass'" – Penonton Terpegun Aksi Fify Azmi Dalam Wira!
Sementara itu, pada yang masih belum menonton Wira, anda boleh saksikan filem berkenaan yang telah pun mula ditayangkan.
Sehingga kini, Wira telah pun meraih kutipan sebanyak RM5.2 juta dalam masa 11 hari tayangan!
BACA: Power! Filem Wira Raih RM5.2 Juta Dalam Masa 11 Hari Tayangan!
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.