Anak kepada juri tetap Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tya Arifin, Arif Jiwa mendapat perhatian netizen selepas menyarungkan busana menyerupai karakter popular Harry Potter.
Foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagam milik Arif itu merakamkan gelagat comelnya beraksi seperti Harry Potter dengan memakai kaca mata bulat dan memegang tongkat sihirnya.
Foto yang disertakan dengan kapsyen ‘panggil Arif “Arif Potter” Deal ye UncleOnty’ mendapat pujian netizen yang secara keseluruhannya terhibur dengan gelagat dan kecomelan Arif.
Di sini kami kongsikan foto-foto menarik ‘Arif Potter’ yang pasti membuatkan anda tersenyum.
Jangan lupa menyaksikan MLM 2018 pada setiap Jumaat jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.
Foto: Instagram @arifjiwaasyraf
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.