Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Cuti Bukan Hak Kita” - JPA

Izwan Isa
29/02/2024 04:55 MYT
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan cuti bukanlah hak pekerja.

Menerusi hantaran di platform X, JPA memberitahu yang cuti merupakan satu kemudahan yang diberi oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam.

Menurut hantaran itu, kelayakan cuti rehat adalah 20, 25, 30 atau 35 hari setahun, tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa.



Cuti rehat boleh diambil pada bila-bila masa dalam sesuatu tahun tersebut berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.

Baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan pada tahun pertama boleh dibawa hingga tahun ketiga.

Cuti rehat tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Bagaimanapun, cuti rehat memerlukan kelulusan ketua jabatan.

Kredit foto: Bethany Legg (Unsplash)
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: Dibuli Walaupun Sudah Berhenti Kerja, Cikgu Ayu Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

​BERITA TRENDING: Pekerja Negara Ini Diberi Hak Abaikan Panggilan, Mesej Majikan Di Luar Waktu Bekerja

​BERITA TRENDING: Jururawat Singapura Bakal Terima Habuan Bonus Sehingga RM356K… Masyuk!

#Cuti #Jabatan Perkhidmatan Awam