BERITA
"Cuti Dua Hari & Lima Hari Tanpa Tol Jika Barisan Nasional Masih Diberikan Mandat" - PM Najib
Rakyat Malaysia bakal mendapat beberapa hadiah tambahan jika sekali lagi memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN itu dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen sempena perutusan khas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di perkarangan kediamannya di Sri Kenangan di Pekan, malam tadi (Selasa).
Insentif yang diumumkan adalah seperti berikut:
* Cuti peristiwa khas pada 14 dan 15 Mei ini. Bagi negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, cuti peristiwa khas ini akan jatuh pada 13 dan 14 Mei.
* Tiada kutipan tol selama lima hari sempena sambutan Aidilfitiri tahun ini.
* Menaikkan 100 peratus Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
* Pengecualian cukai kepada golongan muda yang berumur 26 tahun ke bawah.
"Pada malam yang sungguh bermakna ini saya ingin buat pengumuman yang pertama.
"Kepada semua orang muda yang berumur 26 ke bawah seandainya BN diberi mandat hari esok akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya bermula dari tahun taksiran 2017 dengan serta-merta.
"Ini bermakna yang bekerja yang berumur 26 ke bawah tak kira banyak mana pendapatan mereka tak perlu bayar cukai pendapatan," katanya.
Tambah Najib, cukai yang telah dibayar tahun lalu akan dikembalikan.
Sumber: mStar Online
Must-Watch Video