Hiburan

“Dad! I am Super Happy For You!” – Raja Muda Selangor

Ahmad Shah
03/09/2016
03:41 MYT
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah meluahkan rasa gembira atas pernikahan ayahandanya Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dengan penyampai berita, Norashikin Abdul Rahman.
Tengku Amir menerusi perkongsiannya di Instagram pada Khamis lalu telah memuat naik ‘posting’ yang menyentuh hati rakyat.
Putera berusia 25 tahun itu turut memuji Sultan Sharafuddin atas segala bimbingan dan pengorbanan yang dilakukan baginda.
Tulis Tengku Amir:
"Perhubungan kami sama seperti perhubungan bapa-anak yang lain. Dia memberikan saya hidup, berkorban untuk saya, membesarkan saya, membimbing saya, dan menjadi contoh terbaik kepada saya untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat. Seorang pejuang yang berani, bijak dan kuat semangat. Saya sangat kagum dengan lelaki ini yang saya panggil ayah. Saya akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang anda sebagai pahlawanmu, saya akan sentiasa bangga untuk menjadi anakmu. Alhamdulillah dan tahniah ayahanda! Saya sangat gembira.”
Istiadat pernikahan baginda Sultan dan Norashikin dilaksanakan oleh Sahibus Samahah Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid pada pagi 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.
Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

gempak
24/07/2024
07:25 MYT
Datuk Red memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk menyingkirkan Datin Red dalam hidupnya.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Viral

"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

gempak
22/07/2024
09:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat berkaitan perselingkuhan bekas suaminya, Andika Putera, personaliti media sosial, Ananda Natasha menyatakan dirinya sudah 'move on' dengan penceraian yang berlaku pada Disember tahun lalu.