,
Terkini

Daddy Vibes! Edika Yusof, Arash Mohd Curi Tumpuan Gayakan Baju Melayu Raya In Vogue Siti Khadijah

Amri Hassan
15/03/2023
11:30 MYT
Bahang sambutan Aidilfitri semakin dirasai. Diam tak diam bulan hadapan umat Islam akan meraikan kedatangan Syawal yang ditunggu-tunggu.
Pelbagai jenama pakaian lokal tampil dengan seleksi pakaian indah untuk digayakan pada Aidilfitri termasuk Sit Khadijah Apparel Sdn. Bhd. (Siti Khadijah).
Yang mencuri perhatian adalah penampilan bergaya pelakon Edika Yusof dan Arash Mohd menggayakan koleksi baju Melayu Siti Khadijah. Terbukti otai masih berbisa!
“Kemasnya penampilan… segak sangat!
“Kacak tak dimamah usia,” demikian antara komen yang ditulis warganet di Instagram Siti Khadijah.

Raya In Vogue

Siti Khadijah melancarkan koleksi raya yang diberi nama Raya in Vogue pada 15 Mac.
Bermula dengan penjualan telekung, jenama Siti Khadijah (SK) turut dipelbagaikan dengan pelbagai jenis rangkaian produk termasuk pakaian untuk wanita dan lelaki.
Malah selepas 14 tahun mengukuhkan nama di pasaran, kehadiran koleksi baju raya untuk lelaki dan wanita menyemarakkan persaingan di antara pengeluar pakaian patuh syariah di negara kita.
Koleksi Raya In Vogue ini menampilkan lima baju kurung, satu baju Melayu selain jubah wanita itu turut diperagakan dalam pertunjukan fesyen diadakan di ruang legar pusat beli belah, KL East Mall.
“Koleksi Raya In Vogue yang diperagakan hanya dijual secara fizikal secara terhad di butik di seluruh negara. Bagaimanapun, mereka yang ingin mendapatkan koleksi raya ini selain ke butik terpilih.
“Selain itu mereka juga boleh membeli menerusi ‘personal shopper’ berdaftar yang kami panggil Srikandi di seluruh Malaysia. Hingga kini, kami mempunyai lebih 600 Srikandi berdaftar. Pembelian koleksi ini juga boleh dibuat menerusi laman sesawang www.sitikhadijah.com.
“Jualan sudah dibuka mulai 15 Mac 2023. Jadi rancang pembelian anda dengan bijak, seperti yang dikatakan beli awal tak kalut. Kami tidak menggalakkan orang membeli minit akhir sebelum raya,” kata Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman.

Gaya mewah tapi bersederhana!

Kata Padzilah lagi, koleksi tahun ini diserlahkan dengan gaya mewah tetapi mengekalkan konsep kesederhanaan dan menitikberatkan soal keselesaan.
Sejajar dengan tagline di Siti Khadijah iaitu, ‘Selesa Luaran, Tenang Dalaman’, koleksi dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.
“Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih ‘classy’ namun mengekalkan ciri patuh syariah.
“Lima koleksi baju kurung kami namakan sebagai Nazrin Kurung Pesak, Azra Kurung Pesak, Alara Kurung Moden, Aylin Kurung Moden dan Zehra Kurung Pahang. Dan setiap koleksi dihadirkan dengan lima pilihan warna.
“Bagi koleksi lelaki pula kami namakan Daud Baju Melayu, juga dengan lima pilihan warna. Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa,” katanya.
Dalam pada itu, Padzilah berkata pihaknya juga enggan statik dan mahu terus mengembangkan jenama ini ke persada antarabangsa.
Hingga kini, jenama itu mempunyai 47 butik di seluruh Malaysia.
“Kami ada juga dua butik di Indonesia. Seterusnya, paling terdekat kami bakal melebarkan sayap ke Singapura,” katanya.

Edika Yusof, Arash Mohd curi tumpuan

Terdahulu, pada acara pertunjukan itu, Edika Yusof serta Arash Mohd turut mencuri tumpuan memperagakan koleksi lelaki Siti Khadijah.
Turut menghiburkan tetamu dan penonton di premis beli belah itu ialah Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge.
Malah Vanidah Imran, Kuza selain pempengaruh terkenal di platform digital serta media sosial turut diundang memeriahkan acara ini.
Selain Padzilah, turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin dan Pengasas Bersama Siti Khadijah, Aminuddin Mohd Nasir.
Ditubuhkan pada 2009 dengan satu hasrat bercita-cita tinggi, jenama ini bertujuan memastikan wanita boleh memilih telekung yang lebih baik dan selesa menerusi inovasi serta menambah baik pengalaman pengguna semasa solat.
Jenama ini berjaya berkembang menjadi jenama nasional terkemuka sambil merintis pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dan Indonesia.
Selain telekung, syarikat itu turut mengeluarkan pelbagai pakaian kelengkapan haji seperti tudung, stokin tangan, jubah dan aksesori menunaikan haji. Jenama ini juga menghasilkan produk gaya hidup seperti pakaian lelaki dan pakaian wanita, tudung, aksesori, dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Astro Radio Anjur Ibadah Korban Bersama Siti Khadijah

gempak
19/06/2024
12:17 MYT
Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ pada hari ini dengan penglibatan empat (4) stesen radio popular termasuk ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.
Hiburan

Raya Bersederhana, Siti Nurhaliza Utamakan Anak-Anak - "Cukup Saya Ada Sepasang Dua Baju Baharu, Pakai Jelah Yang Lama"

gempak
10/04/2024
02:00 MYT
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi bahawa perayaan Aidilfitri pada tahun ini lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya iaitu, Aafiyah dan Afwa.
Terkini

Suami Mualaf, Nana Mahazan Tak Pening Fikir Giliran Pulang Beraya

gempak
09/04/2024
09:00 MYT
Personaliti TV dan penyanyi, Nana Mahazan mendedahkan bahawa setiap tahun dia tidak perlu pening memikirkan giliran balik ke kampung halaman setiap kali sambutan Hari Raya.
Hiburan

Sibuk Bekerja, Alif Satar Serah Tugas Persediaan Raya Kepada Isteri - “Saya Bayar Sahaja”

gempak
09/04/2024
08:00 MYT
Selebriti versatil, Alif Satar menyerahkan segala urusan persiapan raya pada tahun ini kepada isterinya, Sha Dila Hadid.