Sepotong klip video viral di TikTok mengenai pengakui seorang wanita bergelar nenek yang dijodohkan secara paksa oleh orang tuanya ketika muda.

Wanita yang menghadiri acara televisyen berjudul Siraman Qolbu, Mamah Dedeh itu berkata, ketika dia menerima dijodohkan dengan lelaki yang bukan pilihan hati adalah disebabkan pada waktu itu ibunya dalam keadaan tidak sihat. Dan dalam keterpaksaan, wanita itu kini punya tujuh orang cucu.

Meskipun melalui kehidupan sama seperti pasangan lain, wanita itu mengakui yang sepanjang berkahwin, dia tidak pernah mempunyai rasa terhadap suaminya.

Lalu pendakwah Mamah Dedeh yang berada di pentas membidas pengakuan itu dan mendakwa wanita berkenaan tidak mempunyai rasa syukur.
@officialmnctv Menikah karena dijodohkan, jadi belum ada rasa cinta sampai tua. Dosakah jika begini? ? #SiramanQolbu #MamahDedeh #ceramah #rumahtangga ♬ suara asli - MNCTV

Mamah Dedeh turut berpesan kepada wanita itu untuk meminta maaf kepada suaminya selain memintanya untuk berdamai dengan takdir Allah SWT.

Sumber: TikTok

BERITA TRENDING: Terima DM Lelaki Nak Berkenalan, Balu Abam Bocey Mengaku Belum Bersedia Berumah Tangga - “Saya Terbuka…

BERITA TRENDING: Janna Nick ‘Kecewa’ Lagi, Ujian Kehamilan Negatif - “Kena Paksa Diri Untuk Terima Belum Rezeki”