Hiburan

"Dah Agak Lama Saya Tak Terima Mesej Kamu Mahu Bertemu Dengan Anak" - Bekas Isteri Keith Foo

Amri Hassan
11/02/2024
02:55 MYT
"#BreakingSilence," demikian ringkas tanda pagar yang ditulis bekas isteri Keith Foo, Kim Raymond di ruang komen Instagram pelakon terbabit.
Ironi pada ucapan sempena Tahun Baru Cina yang disambut pada Sabtu, Kim turut mendedahkan Keith sudah lama tidak menghubunginya untuk bertemu dengan anak perempuan tunggal mereka, Skylar Raymond Foo.
"Dah agak lama saya tak terima sebarang mesej daripada kamu untuk berjumpa dengan anak perempuan kamu," tulis Kim.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Keith memaklumkan sudah lama tidak dapat meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama anak perempuannya.
Malah, Keith mengakui sentiasa merindui anak perempuannya itu dan mendoakan kesejahteraannya.
"Sudah beberapa tahun kita tidak dapat bersama untuk meraikan (Tahun Baru Cina) bersama-sama, sama juga dengan sambutan Krismas. Segalanya suram tanpa kehadiran kamu, Sky.
"Datuk, nenek dan semua orang merindui kamu. Inilah foto throwback kamu Sky.
"Selamat Tahun Baru Cina Sky, doa buat kamu agar sentiasa gembira, dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat di mana saja kamu berada baby girl. Daddy sayangkan kamu," tulis Keith.
Namun, dalam kemaskini terbaharu di Instagram Stories; Keith menulis:
Untuk rekod, Keith mendirikan rumah tangga dengan model, Kim Raymond pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar.
Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu tidak kekal lama apabila mereka sah bercerai pada Disember 2019.
Keith berkata, dia memilih untuk tidak mementingkan diri dengan mengekalkan hubungan baik bersama bekas isteri sejak berpisah.
"Kami sama-sama matang. Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, kami masih ibu bapa kepada satu-satunya puteri kami yang kini sudah berusia enam tahun.
"Tidak perlu bergaduh berebut anak atau perkara tidak sepatutnya. Kita yang inginkan anak ini, pada akhirnya perlu bertolak-ansur dan banyak berbincang," katanya kepada media.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.