Pernah tak anda terfikir untuk menggunakan telefon pintar yang berharga sehingga RM20,000 ke atas? Dah macam harga empat buah motosikal!

Namun, itulah hakikatnya apabila satu jenama terkenal dari Russian itu Caviar melancarkan koleksi terhad iPhone 11 Pro yang diinspirasikan Tesla Cybertruck.

Difahamkan, model kali ini menggunakan material berkualiti tinggi seperti titanium pada kerangka iPhone termasuk bahagian skrin pelindung iPhone.

Tidak cukup dengan itu, 'cover' iPhone ini turut diinspirasikan pada bahagian belakang Tesla Cybertruck.

Bukan sekadar rekaan yang serba 'fancy' tapi ia juga membolehkan pengguna membuka dan meletakkan peranti itu di kedudukan menegak atau berdiri. Sesuai untuk aktiviti panggilan video.

Anda boleh tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.

Sementara itu untuk harganya pula, koleksi edisi terhad ini dijual dengan harga permulaan iaitu USD5,256 (RM21,495).

Jika anda mempunyai wang sebanyak itu, perlu diingatkan hanya 99 unit saja yang bakal dihasilkan Caviar pada koleksi ini.