,
Laman Utama

Dah Boleh Buat Majlis Resepsi Secara Virtual & Fizikal Serentak – “Tak Payah Risau Tetamu Kecil Hati Kerana Tak Dapat Jemputan..."

Fiza Kamarudin
11/11/2021
11:19 MYT
Mengadakan majlis pernikahan dan resepsi di norma baharu sememangnya memberi cabaran terutama kepada tuan rumah.
Masakan tidak, SOP perlu dipatuhi dengan undangan tetamu yang terhad tapi risau pula ada yang kecil hati kerana tidak tersenarai dalam jemputan.
Berita baik buat bakal raja sehari kerana perunding perkahwinan dan pengurus acara DGRAND STAGE dan WILQADRY ini tampil dengan idea untuk mengelakkan masalah tersebut berlaku.
Mempamerkan 'X factor' WILQADRY X DGRANDSTAGE yang tampil berani mengambil risiko dengan mempekenalkan konsep baru dan unik iaitu dengan mengadakan majlis secara fizikal dan maya secara serentak.
Pengasas WILQADRY, Sharifah Rohaida Al-Qadry berkata, idea mula untuk menggabungkan kedua-dua konsep tercetus selepas negara melalui beberapa fasa PKP sebelum ini.
“Jujur, sedih apabila mengenangkan banyak pengusaha majlis, mak andam dan katering yang gulung tikar ketika PKP diumumkan sejak tahun lalu.
“Dan selepas PKP fasa pertama, SOP kembali dilonggarkan dapatlah kami ini menarik nafas lega sedikit. Dan dari situ saya mula terfikir untuk menggabungkan majlis secara fizikal dan maya.
“Seperti WILQADRY sendiri, untuk majlis secara fizikal tuan rumah boleh mengundang sehingga 250 tetamu mengikut SOP ditetapkan dan kami juga menyediakan pautan untuk tetamu yang diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan secara maya.
“Grandeur Hall WILQADRY yang terletak di Putrajaya ini boleh menampung sehingga 500 orang tetamu dalam satu-satu masa tetapi di norma baharu ini kami cadangkan tuan rumah mengikut SOP ditetapkan kerajaan Malaysia,” katanya.
Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran WILQADRY X DGS PRODUCTION di WILADRY Courtyard Hall, IOI Conezion, Putrajaya.
Dalam majlis yang meriah tetapi mengikut SOP ini turut menampilkan media sosial influencer Ayramessi dan Bakhtiar bersanding dalam majlis bertemakan Perkahwinan DiRaja.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan seperti Kugiran Masdo, Ayu Damit, Mael XPDC, Pengarah Muzik SLYS Simon Lee serta Mikhail Isaaq.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.