HIBURAN
“Dah Cari, Memang Gambar Sama” – Niezam Zaidi Guna Gambar Fify Sebagai Wallpaper, Netizen Yakin Cinta Masih Berputik
Hubungan antara pelakon Niezam Zaidi dan aktres Fify Azmi kembali menjadi perbualan hangat netizen selepas foto ‘wallpaper’ di telefon bimbit milik Niezam mencetuskan spekulasi bahawa mereka mungkin masih mempunyai hubungan istimewa.
Menerusi segmen Korek Kereta yang dikendalikan penyampai Suria FM, Kai Hassan dan dimuat naik di akaun TikTok miliknya semalam, telefon milik pelakon drama Dia Bukan Syurga itu dilihat memaparkan gambar seorang wanita bertudung yang didakwa netizen mirip Fify.
Lebih menarik perhatian, gambar itu didakwa sama seperti yang pernah dimuat naik oleh Fify di Instagram miliknya pada 26 September tahun lalu.
“Dah cari dekat Instagram Fify, memang ada gambar itu.@kai.hassan_ KOREK KERETA X NIZAM ZAIDI @Nzmzdi aka tajul guys @fifyazmi U sabar jap 🤣🤣 #korekkereta #korekkerataartis #korekkeretaselebriti #kaikorekkereta #tajul #diabukansyurga💔 ♬ original sound - kai_Suria FM
“Gambar sama dekat Instagram Fify pada 26 September tahun lepas.
“Dah agak Niezam dan Fify masih ada hubungan istimewa,” tulis beberapa pengguna media sosial di ruangan komen.
Sebelum ini, pasangan selebriti itu pernah mencuri perhatian peminat apabila tampil mesra dalam beberapa hantaran di media sosial. Namun sekitar Jun lalu, Fify mengesahkan hubungan cinta mereka telah pun berakhir.
Namun, sejak kebelakangan ini mereka dilihat kembali meluangkan masa bersama termasuk bermain sukan ‘pickleball’ secara santai, sekali gus menimbulkan khabar angin bahawa mereka mungkin kembali menyulam cinta.
Ketika diminta mengulas mengenai situasi berkenaan, Niezam atau nama penuhnya Mohd Niezam Mohd Zaidi, 33, mengambil pendekatan untuk tidak terlalu terbuka dalam berbicara soal peribadi.
Must-Watch Video