Pelakon Lia Natalia mengundang perhatian netizen selepas berkongsi sebuah video sedang menari ketika berada di sebuah taman tema air tempatan.

Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Sik asikk," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan gerakan tarian Lia kelihatan melucukan buat mereka.

"Laju-laju macam nak berlari.

"Dah kenapa? Macam itik dah saya tengok.

"Apa benda kau buat ni?" antara komen netizen.

Sikkk asikkkkk ? . #LiaNatalia #Sunway #WorldLostOfTambun #RubbertapperArtistsManagement #Happy #Love #Life #SmileAlways #SunwayLostWorldOfTambun #EnjoyYourLife

A post shared by Lia Natalia (@lia_natalia) on


Lia mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2011 dan sering muncul dalam filem, drama dan telefilem tempatan sehingga kini.