Laman Utama
Dah Pangkat Nenek, Cher Jalin Cinta Dengan Lelaki Muda 40 Tahun Darinya
Tidak ada yang mustahil dalam kehidupan selebriti Hollywood. Salah satunya adalah apabila berkaitan dengan urusan percintaan.
Spekulasi sedang bertebaran penyanyi senior Cher sedang hangat menjalin cinta dengan seorang penerbit muzik, Alexander Edwards.
Selain kisah percintaan mereka yang didakwa baru terjalin, apa yang menjadi buah mulut adalah mengenai jurang usia kedua dua figura ini.
Cher kini sudah berusia 76 tahun dan boleh dianggap sebagai nenek. Namun kekasih baharu warga emas ini bary berusia 36 tahun. Dan jurang usia mereka adalah 40 tahun!
Penyanyi itu malah mempunyai anak dengan usia yang jauh lebih tua daripada hasil perkahwinannya sebelum ini.
Dia mempunyai anak dari hasil perkahwinan pertama, Chaz Bono yang berusia 53, dan seorang anak dari perkahwinan keduanya, Elijah Blue Allman, 46 tahun.
Khabar asmara Cher dan Alexander terjalin selepas keduanya langsung tidak bersembunyi apabila paparazi merakamkan foto mereka memegang tangan dan berpakaian sedondon warna hitam sewaktu keluar makan malam di California.
Makan malam tersebut turut disertai oleh rakan mereka, Tyga.
Untuk rekod, bekas isteri Alexander, Amber sebelum ini mendedahkan telah dicurangi oleh suaminya yang curang dengan 12 wanita berbeza pada Ogos 2021.
Cher pula sudah dua kali bercerai dengan kedua dua suaminya telah lama meninggal dunia.
Must-Watch Video