,
Hiburan

Dah Setahun Pemergian Suami, Hati Noniswara Belum Bersedia Untuk Bergelar Isteri Semula - "Ramai Saja Yang Melamar Saya Sebenarnya"

Ainun
10/11/2024
11:55 MYT
Pelakon Datin Seri Noniswara mendedahkan dia banyak menerima lamaran daripada lelaki yang mahu menjadikannya isteri.
Bagaimanapun dia masih belum lagi bersedia untuk membuka hati untuk berkahwin semula selepas pemergian suaminya, Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad pada tahun lalu.
Nonis bagaimanapun tidak mahu bercakap lebih kerana bimbang suatu hari nanti kata-katanya akan memakan dirinya semula.
“Ramai saja yang melamar saya sebenarnya. Tapi, hati ini belum terbuka dan belum bersedia lagi.

“Ya Allah ya tuhanku, tak nak cakap takbur, tak tahulah kalau esok lusa hati ini terbuka. Al-Fatihah buat arwah suami,” katanya menerusi kapsyen di Instagram Story.

Dalam pada itu, Nonis sempat mengucapkan tahniah kepada balu Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor pada Jumaat yang lalu.
Dalam hantaran yang sama, ibu kepada pelakon Erysha Emyra turut berkongsi dia dan Ina kehilangan suami tercinta pada tahun yang sama.
“Alhamdulillah, tahniah Ina. Saya gembira untuk awak. Kita sama-sama kehilangan suami tercinta di tahun yang sama.
“Arwah suami saya meninggal dunia pada 1 Oktober 2023 dan suami Ina pada 15 November 2023. Syukur Alhamdulillah, Ina sudah ‘move on’ dan berjumpa pengganti arwah. Semoga ina bahagia hingga ke syurga,” kongsinya.
Sekadar info, suami kepada Noniswara, Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah menghadap ilahi akibat strok otak di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

BERITA TRENDING: Direka Dengan Gabungan Warna Ceria, 'Raja Tun Uda Library' Tersenarai Di Tempat Ke-10 Perpustakaan Tercantik Di Asia

BERITA TRENDING: Bakat Nyanyian Fazura Boleh Diasah, Ajai Cadang Cari Komposer Yang Tepat - "Dia Perlu Cari Bunyi Sesuai Supaya Tidak Mencederakan..."

BERITA TRENDING: Banduan Islam Di Penjara Narathiwat Dihidang Makanan Halal – Jurucakap

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Syifa Melvin Nasihat Kaum Isteri Berhenti ‘Spotcheck’ Telefon Suami - “Jaga Mental Sendiri Tapi Bukan Dengan…”

gempak
13/11/2024
00:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin memberitahu dia kurang bersetuju dengan tindakan segelintir wanita terutama bergelar isteri yang gemar memeriksa telefon bimbit suami mereka.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Hiburan

GV11: Suami Kurang Yakin Masih Boleh Menyanyi, Illa Sabry Terus Ambil Kelas Vokal - "Kita Jadi Isteri Pun..."

gempak
09/11/2024
03:55 MYT
"Awak boleh nyanyi lagi ke?" - Itulah reaksi yang diberikan oleh suami bintang GegarVaganza musim 11 (GV11), Illa Sabry sebaik sahaja mendapat tahu isterinya bakal berentap dalam program berkenaan.
Unitar