gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Sooka Rai Ulang Tahun Ke Empat Dengan Pelbagai Tawaran Eksklusif & Fungsi Baharu Untuk Pelanggan
VIRAL
Bintang YouTube Popular Palsukan Kematian Hanya Untuk…
BERITA
Lelaki Benarkan Isteri Diperkosa Bomoh Untuk Ritual 'Pindah Ilmu'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Direka Dengan Gabungan Warna Ceria, 'Raja Tun Uda Library' Tersenarai Di Tempat Ke-10 Perpustakaan Tercantik Di Asia

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
10/11/2024
07:40 MYT
Sponsor Banner
Direka Dengan Gabungan Warna Ceria, 'Raja Tun Uda Library' Tersenarai Di Tempat Ke-10 Perpustakaan Tercantik Di Asia

Tular di media sosial senarai carta perpustakaan tercantik di seluruh Asia dan menariknya Perpustakaan Raja Tun UDA yang terletak di Shah Alam turut tersenarai.

Mengikut laporan dari Seasia Stats, perpustakaan Raja Tun Uda berada di kedudukan ke 10 menjadikan ia sebagai perpustakaan tercantik di Asia.
Bangunan setinggi enam tingkat dengan keluasan keseluruhan 203,600 kaki persegi, Perpustakaan Raja Tun Uda direka dengan gabungan warna-warna ceria dan seni bina kontemporari yang mampu memuatkan lebih 400,000 buku serta dapat menampung sehingga 8,000 pengunjung pada satu masa.
Menurut sumber dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sendiri yang menginginkan perpustakaan itu bertemakan ‘Perpustakaan Dalam Taman’.
Baginda memilih tema tersebut kerana lokasi perpustakaan ini sangat strategik, iaitu bersebelahan dengan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah.
Bagaimanapun telah mula beroperasi pada tahun 2011 dan diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sendiri.
Untuk Info, selain perpustakaan Raja Tun Uda berada tangga ke-10, namun, Perpustakaan Rotunda di Singapura sebagai tempat teratas, diikuti oleh Perpustakaan Negara Indonesia di tempat kedua, dan Perpustakaan Starfield di Seoul, Korea Selatan, di tempat ketiga.

BERITA TRENDING: Tidak Pernah Berlaku, Salji Turun Di Wilayah Al-Jawt Arab Saudi

BERITA TRENDING: Dakwa Pertahankan Diri, Remaja Dipenjara Seumur Hidup Pukul Rakan Dengan Tukul

BERITA TRENDING: Lelaki Jual Kain Kafan Online Laku Keras! - "Ramai Tak Tahu Peralatan Perlu Disediakan Untuk Jenazah"

BERITA TRENDING: "280 Orang Satu Bilik" - Ini Realiti Situasi Perit, Ngeri Di Penjara Narathiwat

Topic Berkaitan
#Shah Alam
#Selangor
#Asia
#Senarai
#tercantik
#Perpustakaan Raja Tun Uda
#Perputaskaan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement