VIRAL

Dahlia Rizal Tahu Tentang Kewajipan Baca Al-Fatihah Setiap Rakaat Solat Di Usia 15 Tahun - “Saya Sedih Sebab…”

Asyikin Mayudin 17/06/2025 | 12:55 MYT
Personaliti media sosial, Dahlia Rizal mendedahkan dia hanya mengetahui tentang kewajipan membaca surah Al-Fatihah ketika mendirikan solat ketika usianya 15 tahun.

Surah Al-Fatihah

Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal berkongsi perkara tersebut menerusi perkongsian di platfrom Threads miliknya.

“Saya baru tahu tentang ini (bacaan wajib Al-Fatihah setiap rakaat) ketika saya berusia 15 tahun iaitu semenjak saya datang bulan pertama kali pada umur 12 tahun.

“Sampailah umur 15 tahun saya hanya baca Al-Fatihah rakaat pertama sahaja,” kongsinya.

Qada solat

Bagaimanapun, Dahlia tetap meluahkan rasa syukur kerana mengetahui perkara tersebut ketika masih remaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia Rizal Dedah Alami ‘Mental Breakdown’ Sebelum Nikah - "Bayar RM10K Untuk Pelamin Eksklusif, Tapi Orang Lain Guna Dulu"

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia Rizal Terharu Imran Aqil Tetap Utamakan Keluarga Walau Sibuk Cari Rezeki - “Bertenang Sayang…”

Malah isteri kepada pelakon Imran Aqil ini masih berterusan berusaha untuk menggantikan solat.

“Saya sedih sebab tak tahu awal tentang perkara ini, Alhamdulillah juga saya tahu ketika masih remaja. Memang saya terus cuba untuk qada semua solat-solat itu,” ujarnya.

#Solat #Imran Aqil #Dahlia Rizal #Surah Al Fatihah