gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Wanns Ahmad Cabar Diri Sertai Raise The Star Malaysia, Mahu Nyanyi Lagu Komposer Lain - “Walaupun Saya Dah 34 Tahun Tapi…”
SUKAN
Selangor Red Giants OG Esports (SRG) Cipta Hatrik, Juara MPLMY Selepas Tewaskan Homebois
BERITA
Jurulatih Bola Sepak Ditahan Cabul Dua Remaja Perempuan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dahlia Rizal Dedah Alami ‘Mental Breakdown’ Sebelum Nikah - "Bayar RM10K Untuk Pelamin Eksklusif, Tapi Orang Lain Guna Dulu"

gempak
Amri Hassan
15/06/2025
02:41 MYT
Sponsor Banner
Dahlia Rizal Dedah Alami ‘Mental Breakdown’ Sebelum Nikah - "Bayar RM10K Untuk Pelamin Eksklusif, Tapi Orang Lain Guna Dulu"
Personaliti media sosial, Dahlia Rizal tampil berkongsi pengalaman peribadi menjelang hari pernikahannya dua tahun lalu.
Menerusi kemas kini di akaun media sosialnya, Dahlia mendedahkan bahawa persiapan hari bahagianya tidak seindah yang disangka ramai.
Menurut Dahlia, sehari sebelum majlis berlangsung, dia mengalami tekanan emosi yang teruk selepas mendapat tahu bahawa pihak villa yang menyediakan perkhidmatan pelamin telah membenarkan pasangan lain menggunakan set pelamin eksklusif yang ditempah khas untuk dirinya pada pagi hari akad nikah.
"Sehari sebelum majlis, saya mengalami tekanan emosi yang sangat teruk apabila dapat tahu pihak villa yang menguruskan pelamin saya telah benarkan pasangan lain guna set pelamin saya pada pagi hari nikah.
"Saya bayar lebih RM10,000 untuk pelamin yang direka khas, dengan jaminan eksklusiviti, tetapi akhirnya diberikan kepada orang lain tanpa pengetahuan saya," katanya.
Lebih mengecewakan, perkara itu hanya terbongkar malam sebelum majlis berlangsung. Dahlia berkata pihak berkenaan hanya memohon maaf selepas perkara tersebut diketahui.
“Saya sangat kecewa dan sedih. Akhirnya mereka bersetuju untuk ubah semula set up pada pagi hari majlis, tetapi apabila saya lihat gambar yang dihantar, memang mengecewakan. Perubahan yang dibuat sangat sedikit dan tidak seperti yang dijanjikan.
"Waktu itu memang sudah terlalu lewat dan beberapa jam sahaja lagi saya perlu bernikah,” luahnya.
Disebabkan waktu yang terlalu suntuk dan majlis akad nikah hanya tinggal beberapa jam, Dahlia terpaksa menerima keadaan tersebut walaupun hatinya terluka. Lebih mengecewakan, tiada sebarang pampasan atau pulangan wang diberikan.
“Mereka juga enggan memulangkan semula bayaran atau memberi pampasan, sekadar tukar sedikit pada pelamin tersebut
"Syukur, majlis nikah tetap berjalan lancar. Tapi saya tak sangka mereka sanggup buat macam tu secara senyap dan langsung tak beritahu saya,” tambahnya.
Untuk rekod, Dahlia telah mendirikan rumah tangga dengan Imran Aqil pada 9 September 2023 selepas bertunang pada 21 Ogos pada tahun yang sama.
Topic Berkaitan
#Nikah
#Pelamin
#DOLLA
#Mental Breakdown
#Syasya Rizal
Must-Watch Video