Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Dakwa Bisnes Biji Pala, Ammar Zoni Beli Dadah Guna Nama Khas Ikan & Sayur

Maliah Surip
31/07/2024 11:55 MYT
Pelakon Ammar Zoni yang kini berdepan kes dadah dalam proses rayuan meringankan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Mengikut keputusan mahkamah, bekas suami Irish Bella itu dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dengan serta denda. Namun peguam Ammar kini berusaha keras untuk meringankan hukuman buat klien mereka.

Namun menerusi perbicaraan yang dilakukan di Pengadilan Negeri Jakarta Barat, pihak Jaksa Penuntut Umum (JPU) Azam Akhmad Akhsya meminta majlis hakim menolak rayuan Ammar.

JPU kemudian mendedahkan seorang saksi yang juga suspek dalam kes sama Ammar melakukan urusan jual beli dadah menggunakan nama khas atau kod rahsia.

Menurut saksi, dadah jenis syabu yang dibeli Ammar disebut sebagai ikan dan sayur.

Ironi saksi tersebut kononnya merupakan seorang ahli perniagaan biji pala yang selalu digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan.

“Ikan dan sayur itu menjadi bahasa yang paling banyak digunakan dalam WhatsApp tertuduh.

“Kita tanya kepada saksi maksudnya apa? Ikan dan sayur?

“Dia beritahu ikan dan sayur maksudnya syabu,” ujar pihak JPU seperti dilaporkan Detik.com.

Pihak JPU juga mendakwa Ammar kerap berbohong dalam keterangan-keterangan yang diberikan sebelum ini.

Terdahulu Ammar ditangkap buat kali ketiga hanya selepas dua bulan keluar penjara atas kesalahan yang sama iaitu dadah.

BERITA TRENDING: Baru Dua Bulan Keluar Penjara & Isteri Fail Cerai, Ammar Zoni Ditangkap Kali Ketiga

BERITA TRENDING: Suami Dua Kali Dipenjara Sebab Dadah, Pelakon Irish Bella Minta Cerai & Tak Tuntut Harta

BERITA TRENDING: Pelakon Kantoi Dadah Kali Kedua, Dula Ganja Kini Syabu

BERITA TRENDING: Arti Di balik Angka Unik Nama Anak pasangan Ammar Zoni, Irish Bella

#Viral #Dadah #Indonesia #Ammar Zoni #Ikan #Sayur #Buah Pala
;