Seorang pelakon Indonesia, Ammar Zoni sedang berada dalam tahanan pihak berkuasa selepas ditangkap atas penyalah gunaan dadah.

Ammar ditahan di kediamannya pada petang 6 Mac lalu bersama dua yang lainnya iaitu pemandu dengan panggilan M dan rakan berusia 37 tahun dikenali sebagai R.

Media tempatan melaporkan bintang filem Madu Murni tersebut ditangkap selepas memesan dadah jenis syabu daripada Kampung Boncos, Palmerah, Jakarta Barat.

Hasil tangkapan membawa kepada penemuan sehingga 1 gram syabu dan ketiga-tiga suspek juga positif dadah menerusi ujian air kencing.

"(Barang bukti) syabu, 1 gram lebih," kata pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.

Menerusi laporan sama, suami pelakon Irish Bella ini pernah ditangkap dengan kes dadah pertama kali pada tahun 2017.

Waktu itu Ammar ditangkap atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja.