Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dakwa Diekori ‘Mata Hitam’, Pemain Watak Anakin Skywalker Ditahan Di Pusat Rawatan Mental

Maliah Surip
16/03/2024 06:45 MYT
Jake Lloyd pernah menjadi sangat popular selepas terbabit dengan francais karya fenomena Star Wars.

Lloyd terkenal menerusi watak si kecil Anakin Skywalker dalam Star Wars Episode I: The Phantom Menace sewaktu kanak-kanak.

BERITA TRENDING: Versi Kartun! Kini Kanak-Kanak Pun Boleh ‘Layan’ Star Wars Dengan Siri Young Jedi Adventures!

Namun pada usia 35 tahun, Lloyd kini tidak menjalani kehidupannya dengan baik. Dia didiagnos mempunyai beberapa jenis penyakit mental termasuk Bilopar, Depreso dan Paranoid Schizophrenia.

Pendedahan tersebut dibuat oleh ibu Lloyd, Lisa Lloyd kepada Scripps News dengan harapan dapat membantu dirinya dan Llyod mengharungi dugaan besar yang telah disimpan sejak bertahun lamanya.

“Llyod mula berdepan masalah perubahan tingkah laku sewaktu di sekolah menengah.

“Dia mula bercakap tentang realiti. Mana satu dunia realiti atau perbezaan menjadi realiti. Saya benar-benar tidak faham topik yang selalu dikatakannya,” ujar Lisa.

BERITA TRENDING: Mamat Exists Dihantar Ke Hospital Psikiatri, 10 Tahun Hidap Masalah Mental

Setelah melihat banyak perubahan pada anaknya selepas itu termasuk mula mengabaikan pelajaran kerana berasa tidak hidup dalam dunia realiti, Lisa membawa Llyod bertemu pakar dan didiagnos mengalami masalah mental.

“Penyakitnya menjadi semakin kronik sewaktu di universiti. Dia selalu kata sedang diekori ke mana sahaja kaki melangkah termasuk di sekolah.

“Ada ‘mata hitam’ yang mengekori dan sentiasa mengawasinya sehingga dia sering bercakap dan berdialog dengan Jon Stewart dalam Daily Show yang ditonton di kaca televisyen pada tengah malam,” cerita Lisa lagi.

Selepas menceritakan penderitaan yang dialami sejak sekian lama oleh anak lelakinya itu, Lisa kemudian mendedahkan keberadaan Llyod.

Llyod kini mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan mental selepas mengalami ‘puncak’ masalah pada Mac 2023.

Aktor itu telah memberhentikan kereta yang dipandu sewaktu memandu di tiga lorong jalan utama sehingga terpaksa menerima bantuan polis.

“Dia kini sudah menghabiskan 10 daripada 18 bulan masanya mendapatkan rawatan di pusat kesihatan mental.

PILIHAN PEMBACA: #GongTerkejut - Ramai Terpegun Lihat Karakter Star Wars, Money Heist Tiba-Tiba Muncul Di Tengah KL!


“Dia semakin sihat dan sudah lebih pandai bergaul. Dia juga tidak pernah membenci Star Wars,” kata Lisa lagi.
#Viral #Hollywood #Mental #Anakin Skywalker #Jake Llyod
;