Seorang gitaris terkenal Jepun mengejutkan netizen apabila mendedahkan telah membuang puting payudaranya.

MiA, 32, yang merupakan gitaris terkenal band rock, Mejibray juga menyatakan sebab tindakan ekstrem tersebut diambil yang dikongsikan di media sosialnya.

Dia yang popular menerusi kolaborasi bersama bintang rock lain termasuk HYDE dan Toshl mengatakan lelaki tidak memerlukan puting payudara.

Di bebenang X, dia mengatakan kerap mengalami masalah geseran pada payudara saat bermain gitar. Oleh yang demikian dia memutuskan membuang kedua-dua puting payudaranya agar boleh menjadi pemain gitar terbaik, lapor 8days.

Ironi membuang puting payudara bukan satu-satunya ‘kerja gila’ yang pernah dibuat MiA.

Sebelum ini dia mendakwa telah memasang cip di antara jarinya kerana percaya ia membantu mengurangkan tekanan sewaktu memetik gitar.