VIRAL

Dakwa Pelajar UPSI Meninggal Dalam Keadaan Hina, Guru Tampil Minta Maaf - “Saya Ingin Memohon Maaf Terhadap Insiden Yang Berlaku…”

Mya Amri 11/06/2025 | 11:18 MYT
Seorang guru tampil memohon maaf susulan kenyataannya yang mendakwa kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam tragedi kemalangan baru-baru ini adalah hina menjadi tular di media sosial.

Mohon maaf

Guru yang dikenali sebagai Khalid Yunus itu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya pada Rabu.

“Assalamualaikum. Di sini,saya ingin memohon maaf terhadap insiden yang berlaku kepada pelajar UPSI.

"Semoga mereka di tempat bersama orang-orang yang beriman dan mendapat Husnul Khotimah,” tulisnya.
Bagaimanapun permohonan maafnya itu tidak diterima dengan baik oleh netizen yang rata-rata mempersoalkan kenyataannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Nak Laju, Tapi…” – Tular Kenyataan Didakwa Pemandu Bas Tragedi UPSI Cetus Pelbagai Reaksi

ARTIKEL BERKAITAN:Kemalangan Bas UPSI: “Pelajar Terlibat Nahas Syahid Akhirat” - Timbalan Mufti Perak

ARTIKEL BERKAITAN:Mangsa Jerit Meminta Tolong, Ada Yang Ajar Rakan Mengucap - Saksi

ARTIKEL BERKAITAN:Kemalangan Bas UPSI: Syarikat Bas Nafi Guna Khidmat Pemandu Lori

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Keadaan Bas Selepas Kemalangan, Bekal Makanan Raya Dari Kampung Bertaburan Undang Sebak - “Dengan Hasrat Bila Sampai Boleh Makan Tapi…”

Terdahulu, pempengaruh serta aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Cikgu Mohd Fadli Salleh memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat tindakan seorang guru biadap yang mendakwa kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam tragedi kemalangan baru-baru ini adalah hina.
Fadli menerusi hantaran di akaun Facebook menyifatkan penulisan guru tersebut sebagai merapu.
Malah Fadli juga turut meminta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menghantar pengawai penyiasat untuk menyiasat guru tersebut dengan lebih terperinci.
#Mohon Maaf #Cikgu #Guru #Minta Maaf #UPSI #Fadli Salleh