Hiburan

Dakwaan Hubungan Rapat Dengan Sherie Merlis, Ini Komen Hasnul Rahmat

gempak
Amri Hassan
23/02/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Dakwaan Hubungan Rapat Dengan Sherie Merlis, Ini Komen Hasnul Rahmat
Pelakon Hasnul Rahmat memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadinya ketika ditanya dakwaan hubungan rapat dengan aktres Sherie Merlis.

BERITA TRENDING: Kenapa Hasnul Rahmat Simpan Trofi Di Kampung?

Jelas Hasnul, 53, dia lebih selesa untuk berbicara tentang perkara lain.
"Kucing saya yang pertama namanya Ghazal, kedua Disko, Inang, semua nama muzik. Hubungan saya dengan kucing rapat, tapi ada masanya kena tinggal juga.
"Jadi, itu lagi peribadi buat saya daripada perkara lain-lain. Kalau kucing tak makan, saya akan berleter, kena selalu jaga. Kasih sayang itu kena ada.
"Sebagai pelakon, kita juga manusia, perlu ada sifat kemanusiaan, begitu juga soalan diajukan. Kita boleh cakap benar atau sebaliknya," katanya.
Hasnul ditemui pada majlis tayangan perdana filem pendek, Misi Ainaa terbitan Ainaa Beauty di Putrajaya baru-baru ini.

BERITA TRENDING: #PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2

Ketika ditanya tentang pendiriannya untuk menamatkan zaman solo, Hasnul memberitahu tanggungjawabnya kini terarah kepada menjaga ibu dan keluarganya.
“Kali pertama saya mengenal cinta adalah cinta terhadap ibu dan arwah bapa. Saya perlu fokus kepada ibu sekarang kerana dia tidak sihat.
“Apa-apa soalan atau fitnah dilemparkan saya okey sahaja, janji saya tidak aniaya dan zalimi orang.
“Bagi saya, senang saja, setiap kerja perlu ada kejujuran, ikhlas dan niat yang baik.
“Insya-Allah, benda baik akan datang. Banyak aspek kebaikan yang Tuhan beri. Doakan yang baik-baik.
“Yang baik bagi saya kita diam sahaja, sebab yang jahat pula akan orang bercerita. Kita kena ada kemanusiaan,” katanya.
Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Hasnul dan Sherie Merlis sedang menjalin hubungan cinta dan sering dilihat keluar bersama.
Malah, tinjauan di media sosial juga mendapati rakan-rakan artis yang mengenali mereka rata-ratanya bagai ‘merestui’ hubungan tersebut dan berharap agar kedua-duanya dapat bersatu sebagai suami isteri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live