Laman Utama
Dalam Diam Hafiz Hamidun Rupa-Rupanya Jutawan!
Komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun tidak menafikan dakwaan warganet mengenai dirinya kini sudah bergelar jutawan.
Hafiz ketika ditemui Gempak berkata, dia bersyukur kerana diberikan rezeki sehingga ke berada di tahap sekarang.
“Saya tak nafikan kata-kata netizen mengenai perkara tersebut kerana saya bekerja keras untukknya.
“Jujur saya katakan bukan senang nak jadi senang kerana banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, terutamanya masa dan tenaga.
“Sebenarnya semua orang boleh berjaya asalkan rajin berusaha. Jangan sesekali ada sifat malas dalam diri, Insya-Allah,” katanya.
Hafiz Hamidun berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran OST Sabda Kekasih, petang Khamis.
Imbas kembali perjalanan seninya, Hafiz berkata dia pernah melalui zaman sukar pada awal pembabitannya sebagai penyanyi.
“Pernah sekali dalam poket saya tinggal RM1 sahaja. Masa tu beli mee segera 80sen, baki tinggal 20sen saja.
“Kereta kena tarik pun saya dah pernah rasa. Bayangkan kereta baru beli dua bulan dah kena tarik. Perasaan masa tu hanya Allah SWT sahaja yang tahu,” katanya.
Must-Watch Video