Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dalam Marahnya, Ada Sayang” - Bekas Pelajar Profesor Viral Imbau Semula Kebaikan Pensyarah Itu

Izwan Isa
30/03/2022 23:50 MYT
Isu melibatkan seorang profesor yang dikatakan menghina pelajarnya yang kurang berkemampuan atau golongan B40 mendapat perhatian ramai sejak semalam. Tidak hanya dalam kalangan netizen, kelompok selebriti juga tidak ketinggalan memberikan pendapat masing-masing.

Namun, ada satu perkongsian yang difahamkan ditulis oleh bekas pelajarnya turut menyorot perhatian netizen. Menerusi perkongsian di Facebook itu, bekas pelajar profesor berkenaan memuji kebaikan yang pernah disemai dalam kalangan para pelajarnya suatu ketika dahulu.

BACA: Padah 'Hina' Pelajar Tiada Laptop & B40, UiTM Ambil Tindakan Terhadap Profesor! - “Bertegas Untuk Tidak…”

“Assalamualaikum… Ramai kawan-kawan forward Whatsapp sorang Prof tegur pelajar pasal komputer. Ye, tu lecturer saya. Prof Roshana yang kami kenal memang macam tu, daripada dulu. Dulu, kalau kami lambat masuk kelas, dia yang kunci pintu. Lepas tu dia jugak yang buka pintu, marah (nasihat) dan lepas tu jemput duduk. Sebijik-sebijik perkataan yang dia marah tu, memang melekat dalam kepala kami sampai sekarang. Ketegasannya bersebab, dan sebab ketegasannya lah, kami jadi manusia.

“Dulu, saya pun selalu kena marah. Antara kenangan yang masih saya ingat, saya masuk kelas, lupa bawak buku. Kelas lecturers lain, saya tulis dalam kertas kajang sehelai-sehelai tu dan masukkan dalam files. Sebab tak bawak buku je, 10 minit saya kena lecture. 'Ni bukan buku, ni kertas. Belajar kena ada buku. Kalau buku pun tak boleh bawak, baik balik tak payah belajar'. Setengah jam lepas tu, kena marah lagi sebab tak bawak pembaris, nak buat kotak macam yang kat whiteboard belakang dia kat dalam TikTok,” tulisnya.

BACA: "Sebab Mulut Laser Prof Ini Akan Buat Student Naik Semangat Berjaya" - Iesya Toh

Menurut status tersebut, apa yang dididik oleh profesor berkenaan banyak membentuk jati diri para pelajar sehingga kini.

“Kami ni students construction, hati mesti kental. Disiplin yang dididik sewaktu belajar, banyak membentuk jatidiri kami sewaktu kerja. Tu baru kena marah sebab xde laptop. Kami ada pensyarah yang jenis koyak & campak assignment kalau kami salah. Depan-depan muka kena marah.

“Dalam kes Prof Roshana, percayalah, apa yang keluar dari mulut dia tu, bukan itu yang dia maksudkan. Mungkin dia tersilap satu perkataan, tapi ilmu yang dia kongsikan, seluas lautan.
Semua orang boleh mengajar, tapi tak semua boleh mendidik. Dengan cara didikannya macam tu dulu, membentuk disiplin kami pada hari ini & menjadikan kami manusia yang memanusiakan manusia lain.. Dalam marahnya, ada sayang.

“Bagi saya, jadi pelajar pun kena ada adab dan adatnya. Satu perkataan yang pensyarah salah, diviralkan. Kita pulak hanya nilai Prof tu berdasarkan video berdurasi 1:48 minit tu je. Padahal banyak lagi ilmu berguna sepanjang 14 minggu tu,” katanya lagi.

BACA: Isu Hina B40: Belum Reda, Netizen Ada Gelaran Baru - “Bye Kak Long 7E, Nenek UiTM Puaka Is Coming”

Dalam pada itu, status tersebut turut berpesan yang cabaran mengajar secara online pada zaman sekarang begitu tinggi.

“Dari sisi lain, ni lah cabaran jadi cikgu atau pensyarah zaman online. Benda yang sepatutnya dalam kelas je, disebarkan keluar. Kemudian ramai-ramai komen, jadi cyberbully. Kita pun tak tahu apa sebenarnya yang jadi dalam kelas tu.

“Terima kasih Prof Shana. Kerana berkat ilmu Prof, saya jadi diri saya sekarang. Semoga Allah memudahkan urusan Prof dan memberkati hidup Prof dunia & akhirat,” katanya lagi.

#Viral #Pensyarah #UiTM #Laptop
;