Pengacara Iesya Toh tampil mengulas klip video seorang pensyarah berpangkat profesor yang memarahi pelajarnya ketika kelas virtual seperti yang tular sejak Selasa.

Jelas Iesya, pendekatan yang diambil oleh pensyarah terbabit untuk mendidik pelajarnya perlu juga dipandang daripada sudut positif.

"Video ni has been viral since last night..

"Abah selalu cakap pada Sya dan adik-adik. ‘Orang tak nak tahu masalah kita’.. Dan ada orang memang tak nak dengar alasan.

"Secara positif, kita nampak seorang ibu yang bersungguh-sungguh nak anaknya pandai..

"Dulu masa kite students, ada ramai cikgu dan pensyarah mulut macam ni. Tapi sebab mulut laser prof ni akan buat student naik semangat untuk berjaya!! Tak percaya? Tunggu!

"Kata-kata itu yang akan bakar semangat kita. Buktikan pada prof! Jangan kecil hati even orang hina kita.. cekal & semangat!!" titip pesanan Iesya menerusi hantaran di Instagramnya pada Rabu.


Terdahulu, menerusi video berdurasi 1.45 minit itu, profesor berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak.

Namun, disebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuk pekerjaan ibu bapanya.

"Bapak kau kerja apa, mak dah tak ada? Bapak tak kerja? kau tak ada adik-beradik?" kata pensyarah itu dipercayai ketika sesi pembelajaran secara maya.

BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40

BACA: “Merosakkan Imej Universiti Keramat” - Prof Hina & Memperlekeh B40? MPP Mohon Tindakan Selayaknya!

BACA: Padah 'Hina' Pelajar Tiada Laptop & B40, UiTM Ambil Tindakan Terhadap Profesor! - “Bertegas Untuk Tidak…”

BACA: Isu Prof Didakwa Hina Pelajar B40: “Saya Telah Berhubung, Minta Penjelasan UiTM” - Menteri