Hiburan

Dalam Proses Tulis Lirik, Kolaborasi Aepul Roza & Cik Epal Bakal ‘Mendonia’ - “Saya Rasa Research Saya Dah Cukup”

gempak
Asyikin Mayudin
31/10/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Dalam Proses Tulis Lirik, Kolaborasi Aepul Roza & Cik Epal Bakal ‘Mendonia’ - “Saya Rasa Research Saya Dah Cukup”
Penyanyi Aepul Roza memberitahu dia kini dalam proses menulis lirik lagu yang dicipta untuk pempengaruh media sosial, Cik Epal berdasarkan konflik yang berlaku.

Proses tulis lirik

Sentiasa ingin membuat eksperimen dengan karya, Aepul yang juga vokalis kumpulan Drama Band berkata kemungkinan lagu tersebut juga akan dinyanyikan oleh Cik Epal.
“Setakat ini, lagu itu sedang ditulis tapi itulah, bila nak menulis lagu ini tak boleh nak paksa-paksa. Idea itu akan datang sendiri. Saya pun nak cari yang sedap di telinga masyarakat kita.

“Ikutkan Cik Epal memang ada minta buat lagu. Saya pun suka nak buat eksperimen. Bila ada idea macam ini, mungkin boleh experiment.

“Tapi kita kena tengok demo dulu, kalau dia setuju dan nak menyanyi, why not… mungkin, Insya-Allah kita tengok macam mana. Cuma setakat ini belum ada rasminya,” kata Aepul kepada Gempak.

Kurangkan masa

Dalam fasa mengurangkan masa di media sosial, Aepul mengakui dia pada mulanya hanya mengenali individu terlibat dalam konflik rumah tangga Cik Epal.

“Sebenarnya saya dah kurangkan masa di media sosial, sejak dah berumur ini. Bila ada member (kawan) minta tolong, saya pun tolong la. Saya rasa research saya dah cukup.

“Saya tahu individu yang terlibat tapi saya tak tahu kisahnya apa. Sebab macam saya cakapkan, saya kurangkan masa di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bersekududukan Bersama Wanita Dalam Rumah? Ini Respons Jofliam - “Kenyataan Saya Setakat Ini…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Dedah Pernah Buang Ego & Cuba Perbaiki Hubungan - “Cuma Dengan Kes Milan Buat Hati Hancur & Tertutup Untuk duda Aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Bukan Warganegara Indonesia Seperti Yang Dinyatakan - “ Saya Orang Malaysia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal

“Yang penting, biarlah dia menyanyi… bukan saya. Saya tolong tulis dan mungkin dia menyanyi,” ujarnya.

Terdahulu, Cik Epal dilihat sering menggunakan lagu nyanyian Aepul Roza dari kumpulan Drama Band di setiap postingnya dan turut meluahkan hasrat untuk berkolabarasi dengan penyanyi itu.

Lebih menarik, Aepul turut memberi ‘hint’ setuju dengan permintaan itu dan menyuruh Cik Epal untuk menyanyi lagu yang bakal dicipta.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024