Dalam Proses Tulis Lirik, Kolaborasi Aepul Roza & Cik Epal Bakal ‘Mendonia’ - “Saya Rasa Research Saya Dah Cukup”
Asyikin Mayudin
31/10/2024 02:55 MYT
31/10/2024 02:55 MYT
Penyanyi Aepul Roza memberitahu dia kini dalam proses menulis lirik lagu yang dicipta untuk pempengaruh media sosial, Cik Epal berdasarkan konflik yang berlaku.
Proses tulis lirik
Sentiasa ingin membuat eksperimen dengan karya, Aepul yang juga vokalis kumpulan Drama Band berkata kemungkinan lagu tersebut juga akan dinyanyikan oleh Cik Epal.
“Setakat ini, lagu itu sedang ditulis tapi itulah, bila nak menulis lagu ini tak boleh nak paksa-paksa. Idea itu akan datang sendiri. Saya pun nak cari yang sedap di telinga masyarakat kita.
“Ikutkan Cik Epal memang ada minta buat lagu. Saya pun suka nak buat eksperimen. Bila ada idea macam ini, mungkin boleh experiment.
“Tapi kita kena tengok demo dulu, kalau dia setuju dan nak menyanyi, why not… mungkin, Insya-Allah kita tengok macam mana. Cuma setakat ini belum ada rasminya,” kata Aepul kepada Gempak.
Kurangkan masa
Dalam fasa mengurangkan masa di media sosial, Aepul mengakui dia pada mulanya hanya mengenali individu terlibat dalam konflik rumah tangga Cik Epal.
“Sebenarnya saya dah kurangkan masa di media sosial, sejak dah berumur ini. Bila ada member (kawan) minta tolong, saya pun tolong la. Saya rasa research saya dah cukup.
“Saya tahu individu yang terlibat tapi saya tak tahu kisahnya apa. Sebab macam saya cakapkan, saya kurangkan masa di media sosial.