Hiburan

"Dalam Rumah Akak Berhias Tau!" - Isteri Kedua Rahim Sepahtu Kongsi Tips Rumahtangga Sempena Anniversary

gempak
Amri Hassan
10/02/2018
04:55 MYT
Sponsor Banner
"Dalam Rumah Akak Berhias Tau!" - Isteri Kedua Rahim Sepahtu Kongsi Tips Rumahtangga Sempena Anniversary
Isteri kedua pelawak Rahim Sepahtu, Lily, berkongsi ucapan dan tips rumah tangga sempena meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka semalam.
Tulis Lily menerusi akaun Instagramnya, dia yang kini sudah berhijab sepenuhnya mengakui masih 'berhias' untuk tatapan suami.
"Walaupun sekarang Akak sudah berhijab sepenuhnya apabila keluar, dalam rumah Akak berhias tau!
"Ingat tak bagaimana seksi Akak dulu? Koleksi baju-baju seksi meletup Akak tu... Sekarang hanya pakai untuk tatapan suami tercinta seorang, siap rambut kepuk-kepuk tau," tulis Lily.
Selain itu, kata Lily suaminya akan menegur sekiranya berat badannya mula bertambah dan jarang bersenam.
"Abang Rahim bising dan tegur kalau Akak makan banyak, pipi naik tembam, badan mula berisi, tak bersenam dan malas pergi gimnasium.
"Jadi, Akak memang jaga makan, diet untuk dia 100 peratus. Tak suka dia tegur-tegur jadi buat sahaja ikut apa yang dia suka. Itulah motivasi dan fokos Akak.
"Nia kita kena betul untuk buat apa pun, baru dapat hasil yang tepat! Cantik untuk suami itu besar pahalanya," tambah Lily lagi.
Our Actual Size ? . Akak sll di tanya, apa rahsia akak maintain slim. Ok ni jwb jujur la sempena anniversary kita share tips rumahtangga sket ya hari ni... abg @rahimr2 bising dan tegur kalau akak makan byk, pipi naik tembam, badan mula berisi, tak workout, malas pergi gym.. . Jadi akak mmg jaga makan, diet workout utk dia totally 100% ? x suka la dia tegur2.. jadi buat je ikut apa yg dia suka.. itulah motivasi dan fokus akak, my Hubby @rahimr2 . Niat kita kena betul utk buat apapun, baru dpt hasil yg tepat ! Betulkan niat.. Cantik utk suami itu besar pahalanya .. . Even now akk dah full berhijab bila keluar, kat rumah akak berhias tau!? igt x how ceci meci akk dulu!?? Hahahahaha koleksi baju2 seksi letops akk tu.. now only pakai utk tatapan suami tercinta seorang ? siap rambut kepuk2 tau!! . #cantikuntuksuami #lilyrahimlovestory #lilyrahim #untuksuami
A post shared by MD at LILY KHAY BEAUTY ACADEMY (@lilykhay) on
Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita wahai Suami ku Tercinta .. @rahimr2 8th February ? . . I dont have much words to say, because my action always speaks louder than my words how you are my everything . My priority. My heart & soul . My life only to serve you to make you feel complete . All of my sacrificed is a proof how am i feel Honoured to be your loving wife in this dunya My only focus is to be isteri solehah of yours . Kerana bahagia itu dari Allah swt... Kerana sesungguhnya perhiasan dunia yang paling indah boleh dimiliki sbg harta yg paling membanggakan seorang suami itu ialah seorang isteri solehah ..dan kerana sesungguhnya akhlak seorang isteri itu cerminan kebijaksanaan suaminya sbg seorang pembimbing . Dan abg membuktikan pada dunia betapa terjaganya syg dalam didikan abg Tq for become my soul saviour, my Jannah guidance, menunjukkan syg jalan yg benar ke Syurga Allah swt sbg seorang isteri. Bahagia yg Allah swt beri hasil cinta kita sememangnya byk mengubah syg menjadi insan yang lebih baik Subhanallah.. semoga kita bersama di dunia dan di syurga Allah kelak .. Ameen Yours Isteri kecilmu - Sayang . #lilyrahimlovestory #lilyrahim #subhanallah #8thfeb
A post shared by MD at LILY KHAY BEAUTY ACADEMY (@lilykhay) on
Lily merupakan isteri kedua Rahim yang berasal dari Simpang Renggam, Johor.
Perkahwinan Rahim dan Lily pada mulanya dirahsiakan selama setahun namun mulai dibongkar netizen pada hujung tahun 2016.
Menerusi perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Norazlin Abdullah, Rahim dikurniakan empat cahaya mata.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @lilykhay
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live