Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati ‘Confession Bilik Gelap’, sebuah siri SYOKcast (podcast) terbaharu yang menceritakan kisah inspirasi penuh tangis dan tawa serta membawa teladan, eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK.

Kisah-kisah benar ini diluahkan secara telus dan jujur oleh barisan rakyat Malaysia yang berpengaruh seperti Dr. Soo Wincci, penyanyi, pelakon dan pemenang Miss World Malaysia 2008 yang juga memiliki lima ijazah termasuklah Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan telah menerima dua pengiktirafan daripada ‘Malaysia Book of Records’ serta kisah Syahmi Sazli (Mael Totey), anak kelahiran Kelantan yang meninggalkan dunia kejuruteraan demi menjadi seorang YouTuber.

Selain itu, dengarkan cerita Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad, pasangan instafamous yang sering menjadi perhatian umum, Faris Zakaria, pemain permainan online profesional yang berjaya dan Ahmad Shukry Md Ajis, jurutera helikopter yang merealisasikan impian sebagai jurusolek profesional.

Siri SYOKcast ini akan mula bersiaran pada Isnin, 22 Jun 2020 menerusi aplikasi dan laman web SYOK. Manakala, episod selanjutnya boleh dinantikan pada minggu-minggu seterusnya.

Menghimpunkan pengakuan dari hati ke hati, siri SYOKcast ini merupakan idea cetusan asal daripada Izzat Hakimi Tajul As’ari yang juga merupakan penulis siri SYOKcast Remang dan Hikmah.

Tema ‘bilik gelap’ diketengahkan dalam membongkar kisah-kisah kejatuhan dan kebangkitan yang boleh dijadikan pengajaran kepada semua masyarakat Malaysia.

Strim di laman rasmi atau muat turun aplikasi SYOK secara percuma melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menikmati 25 jenama radio, podcast, video dan banyak lagi!