Laman Utama

Dapat Anak Perempuan Lagi, Ed Sheeran Umum Kelahiran Bayi Keduanya

Syafiqah Jalal
21/05/2022
13:38 MYT
Penyanyi Ed Sheeran mengumumkan dia dan isteri Cherry Seaborn telah dikurniakan anak kedua dalam keluarganya.
Ed Sheran berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya semalam.
Menerusi entri berkenaan dia akui mereka sangat gembira dengan kehadiran bayi perempuan itu yang disayanginya.
“Kami ingin memberitahu kepada semua yang kami telah dikurniakan seorang lagi bayi perempuan yang cantik. Kami berdua sangat menyayanginya,” katanya.
Dalam hantaran yang sama dia memuat naik sepasang sarung kaki bayi berwarna putih bersih.
Ed Sheeran dan Cherry Seaborn telah memiliki anak perempuan bernama Lyra Antarctica Saeborn Sheeran yang lahir pada Ogos 2020.
Terdahulu, Ed Sheeran menikah secara rahsia dengan tunangannya, Cherry Seaborn. Pernikahan Ed Sheeran Seaborn telah dilangsungkan di kampung halaman Sheeran, Suffolk, beberapa hari menjelang Natal pada 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.