,
Laman Utama

Dapat Idea Dari GV6, Hady Mirza Rakam Lagu Baharu Ciptaan Komposer Indonesia! - "Ketika Itu Dapat Sorakan & Pujian Juri..."

Amri Hassan
19/03/2022
09:31 MYT
Juara Gegar Vaganza Musim Ke-6 (GV6), Hady Mirza, kembali menyemarakkan industri muzik Malaysia dengan single terbaharunya berjudul ‘Cinta Sampai Disini’.
Lagu terbabit merupakan ciptaan komposer ternama Indonesia, Ade Govinda, David Sam & Irwan Sutanto yang pernah menghasilkan karya-karya 'ngetop' seperti Chakra Khan dan ramai lagi.
"Akhirnya penantian selama dua tahun berakhir dengan terciptanya single ini. Selepas tujuh bulan berada di Singapura dalam pangkuan keluarga tersayang, saya rasakan sudah masanya saya kembali dengan lagu terbaru khas buat peminat-peminat tersayang yang merindui saya.
"Sejurus menjuarai GV6 bersama Naqiu, saya mendapat tawaran menjadi hos program Dansa Dan Sing (DDS) oleh Astro, dan ketika itu masih lagi dalam fasa perbincangan dengan pihak Rocketfuel berkenaan lagu baru.
"Namun, ketika kesemuanya telah dipersetujui sekitar bulan Mac tahun 2020, pandemik COVID-19 melanda dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula diperkenalkan," katanya.
Tambah pemilik nama sebenar, Muhammad Mirzahady Amir itu lagi, proses rakaman yang dilakukan dalam bulan November 2021 terpaksa ditunda kerana PKP 2.0 dan keberadaan Hady di Singapura ketika itu.
"Sewaktu di Singapura, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga kerana sejurus memenangi GV6, saya sibuk dengan program DDS, jadi jadual kerja saya agak padat dan tak berkesempatan menemui mereka.
"Idea single ini datangnya ketika saya membuat persembahan minggu ke-6 GV6 dengan membawakan lagu berentak RnB di mana ia mendapat sorakan dan pujian daripada pihak juri, terdetik di hati bahawa ingin tonjolkan genre yang tak pernah saya hasilkan sebelum ini," tambahnya.
Lagu Cinta Sampai Disini menceritakan tentang kisah seorang lelaki yang telah dikecewakan dan ingin melupakan episod cinta yang gagal dalam hidupnya, lalu berhenti mengharap.
"Proses rakaman hanya mengambil masa selama sehari di Kuala Lumpur dengan material yang telah diberikan oleh Ade dari Jakarta, sangat mudah bekerja dengan beliau kerana beliau mendengar dan memahami apa yang saya mahukan dalam susunan lagu.
"Pada masa yang sama, saya juga harus berterima kasih kepada Bob Yusof kerana membimbing saya sewaktu rakaman, kerana beliau banyak membantu serta memberi tip penting dari segi nyanyian," jelas Hady.
Lagu Cinta Sampai Disini boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube Rocketfuel Network.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.