Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar meraikan kejayaan anak sulung dan anak keduanya, Sophea Isabella, 11, dan Sophea Natasha, 9, di atas pencapaian mereka mendapat keputusan semua A dalam 10 subjek peperiksaan tahun 2021.

Menerusi laman sosial Instagram, Sheikh Muszaphar memanjatkan kesyukuran dengan memuat naik sebuah video anak-anaknya itu untuk tatapan umum.

“Bella sentiasa cemerlang dalam apa jua yang diceburinya, pelajaran dan sukan. Dia sentiasa jadi nombor 1 sejak darjah satu dan sentiasa bersedia. Rahsianya? Tumpukan perhatian dalam kelas.

“Dah Tasha juga mengikut cuba bersaing dengan kakaknya dan berjaya. Alhamdulillah, syukur sangat. Anak sulung memainkan peranan yang besar dalam keluarga. Mereka perlu menjadi contoh untuk adik-adik lain,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi hampir satu minit itu, Bella dan Tasha masing-masing tersenyum melihat keputusan peperiksaan mereka.

Mereka kemudian memeluk erat Sheikh Muszaphar yang cukup bangga melihat pencapaian cemerlang anak-anaknya.

Malah, Bella turut teruja apabila berjaya dilantik sebagai pengawas di sekolahnya.

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat Bella dam Tasha di atas pencapaian yang membanggakan ibu bapa mereka.

I'm crying while watching this video Dr. Congrats Tasha and Bella,” ujar seorang wargamaya.

“Allahuakbar, semoga menjadi manusia berguna kelak. Belajarlah kerana Allah, kelak dunia akhirat engkau akan bahagia wahai anak. Bersyukurlah dikurniakan ibu bapa yang baik,” luah seorang wargamaya.

“Mak ayah hebat, anak-anak pun hebat. Alhamdulillah,” puji seorang wargamaya.

“Kerja keras daddynya terbayarkan dengan prestasi anak-anak. So happy,” komen seorang wargamaya.

More doctor in the making,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 200,000 tontonan daripada warga Instagram.

Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar, 49 tahun, berkahwin dengan Dr Halina pada 10 Oktober 2010.

Selain Bella dan Tasha, pasangan tersebut dikurniakan empat lagi cahaya mata iaitu Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan enam cahaya mata iaitu anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 5, serta pasangan kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang baru lahir pada November 2020.