Hiburan
Dapat Suami Macam Awak Memang Tak Ternilai - Isteri Fad Bocey
Pelawak Fad Bocey dan isterinya, Nur Syahirah A. Rahman menyambut ulang tahun kedua perkahwinan mereka semalam.
Isterinya, Syahirah atau lebih mesra dengan panggilan Syeera telah memberikan ucapan 'sweet' bersempena hari istimewa tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya.
Menurut Syeera dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab seperti Fad.
Malah sepanjang dua tahun usia perkahwinan mereka, Fad banyak bersabar dengan karenah dan menjaga hatinya sebagai seorang isteri.
"Tiada apa yang lebih indah dari selalu ada untuk awak.
"Terima kasih untuk hadiah tak ternilai mempunyai seorang suami macam awak.
"Tak perlu ditulis segala kebaikan tapi cukup mommy nak ucap terima kasih sebab selalu letak mommy sebagai keutamaan.
"Semoga Allah selalu melindungi rumah tangga kita.
"Semoga kita semakin kuat untuk menjaga dua amanah Allah dengan sebaiknya. Happy Anniversary, suami," tulisnya.
Terdahulu, Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam dan Syahirah telah bernikah pada Mac 2015.
Pasangan ini dikurniakan anak lelaki kembar, Hayyan dan Zayyan pada Disember 2015.
Must-Watch Video