HIBURAN
Tak Mahu Lunara Hadapi Tekanan, Intan Najuwa Sanggup Tak Pulang Beraya - "Ia Sangat Sukar Sebab..."
Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran.
Jelas Intan, keputusan itu diambil bagi mengelakkan anak perempuannya, Imane Lunara menghadapi tekanan akibat perjalanan yang jauh dan kesesakan lalu lintas.
“Tahun ini, kami team raya di Kuala Lumpur. Ia sangat sukar sebab kami sebelum ini tidak pernah terlepas untuk balik beraya di Johor Bahru.
“Lunara terlalu kecil untuk menghadapi kesesakan jalan raya. Kami tidak mahu dia tertekan kerana perjalanan jauh dan trafik.
“Walaupun kami tidak dapat pulang beraya ke kampung pada tahun ini, tetapi saya selalu fikirkan keluarga saya di Johor Bahru dan ini adalah raya pertama tanpa keluarga besar kami,” tulisnya.
Pada masa sama, aktres itu turut mendedahkan dia masih belum bersedia untuk membawa anaknya menaiki kapal terbang kerana bimbang dengan tekanan yang mungkin dihadapi oleh si kecil ketika berada di udara.
Oleh itu, Intan lebih memilih untuk tidak pulang ke mana-mana buat masa ini dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keselesaan anak serta dirinya sendiri.
“Saya tidak bersedia untuk membawa Lunara naik kapal terbang melalui segala tekanan ketika di berada di awan.
“Sejujurnya, saya agak gementar untuk naik kapal terbang dan disebabkan itu kami tidak ke mana-mana buat masa ini,” kongsinya.
Sekadar info, Intan Najuwa sebelum ini selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada pertengahan bulan Disember 2024.
BERITA BERKAITAN: Intan Najuwa Bawa Anak & Pembantu ‘Staycation’ Di Hotel Selama 7 Hari - “Lahir Dalam Dulang Emas Luna Cuma Perlu Menangis, Tidur”
BERITA BERKAITAN: Kafe Milik Intan Najuwa Kehabisan Ais, Pelanggan Sanggup Beli Sendiri, Ini Respons Intan - “Meh Datang Balik, Saya Belanja Air Free…”
BERITA BERKAITAN: Intan Najuwa Syukur Suami Sediakan 3 ‘Babysitters’ & Jururawat Khas Untuk Jaga Imane Lunara - “Tiada Lagi Ke Emergency”
BERITA BERKAITAN: Intan Najuwa Kongsi Sebab Kenapa Tak Boleh Tahan Makan Ais Ketika Berpantang - "Saya Degil..."
Must-Watch Video