Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dapat Tote Bag Percuma Ketika Pembukaan Apple Store, Netizen Jual Semula Cecah Ribuan Ringgit?

Muhammad Firdaus
24/06/2024 18:55 MYT
Pada 22 Jun lalu, jenama teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple telah melancarkan pembukaan cawangan Apple Store pertama di Malaysia iaitu di Exchange TRX, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Individu Kerap Dengkur Malam Cenderung Ada Tekanan Darah Tinggi & Hipertensi - Penyelidik

Seperti pembukaan global yang lain, Apple Store mengekalkan tradisinya memberi hadiah 'tote bag' istimewa kepada pelawat yang terawal.

Cecah Lebih RM5,000

Bagaimanapun, 'tote bag' berkenaan menjadi barangan hangat yang dijual di platform Carousell di mana harga beg tersebut mencecah sehingga RM5,499.

​BERITA TRENDING: 7 Jam Bomba Bantu Cari iPhone Wanita Jatuh Celah Batu

Selain itu, ada juga yang menjual 'tote bag' berikut dengan harga lebih rendah beranggaran daripada RM300 sehingga RM600.

​BERITA TRENDING: Campak Telefon Suami Keluar Kereta Sebab Tak Dilayan, ‘Content’ Pasangan Ini Dikritik Warganet

Sekadar info, Apple Inc. merupakan yang ditubuhkan pada tahun 1976 oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne.

​BERITA TRENDING: Dibuka Mulai Esok, Ini Fakta Menarik Mengenai Apple The Exchange TRX Yang Anda Perlu Tahu

Syarikat itu kini menjadi syarikat teknologi dengan permodalan terbesar iaitu ASD3.285 Trillion (RM15.439 Trillion).
#Netizen #Malaysia #Mahal #Apple #Jual #Tote Bag #TRX #Apple Store