Gaya Hidup

Individu Kerap Dengkur Malam Cenderung Ada Tekanan Darah Tinggi & Hipertensi - Penyelidik

gempak
Gempak
20/06/2024
15:45 MYT
Sponsor Banner
Individu Kerap Dengkur Malam Cenderung Ada Tekanan Darah Tinggi & Hipertensi - Penyelidik
Penyelidik di sebuah universiti di Australia telah menemukan kaitan antara berdengkur dan tekanan darah tinggi.
Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis yang membuat penyelidikan mengenai tidur daripada Flinders University di Australia Selatan, individu yang kerap berdengkur pada waktu malam lebih cenderung mempunyai tekanan darah tinggi dan hipertensi yang tidak terkawal, kata Xinhua.

BERITA TRENDING: Sakit Hipertensi dan Gula Darah, Gatot Brajamusti Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Disahkan Hipertensi, Mawi Pantang Garam & Beli Alat Pemantau Tekanan Darah Sendiri

BERITA TRENDING: Noya Tidur Berdengkur? Cuba Bancuh & Minum Air Dengan Dua Bahan Ini!

BERITA TRENDING: Pelakon Tertidur & Berdengkur Sewaktu Babak Meninggal Dunia

Hipertensi berlaku apabila tekanan dalam saluran darah seseorang terlalu tinggi. Ia boleh menyebabkan kerosakan serius pada jantung dan mengakibatkan serangan jantung, strok, kegagalan jantung dan penyakit jantung.
Kajian itu mendapati bahawa 15 peratus daripada 12,287 peserta berdengkur lebih daripada 20 peratus waktu malam secara purata dalam tempoh pemantauan selama enam bulan dan mereka yang mempunyai kadar dengkuran tinggi mempunyai tekanan darah sistolik 3.8 mmHg lebih tinggi dan tekanan darah diastolik 4.5 mmHg lebih tinggi berbanding peserta yang tidak berdengkur.
Kajian Flinders University ini adalah yang pertama menggunakan teknologi pemantauan rumah berbilang malam dalam jangka masa yang panjang untuk menyiasat kaitan antara dengkur dan hipertensi. Para peserta dalam kajian ini adalah golongan pertengahan umur dan 88 peratus daripadanya adalah lelaki.
"Buat kali pertama, kami dapat menyatakan secara objektif bahawa terdapat kaitan yang signifikan antara dengkuran waktu malam yang kerap dan hipertensi," kata Bastien Lechat, penulis utama kajian dari Kolej Perubatan dan Kesihatan Awam di Flinders University dalam satu kenyataan media pada Rabu.
"Keputusan ini menekankan kepentingan mempertimbangkan dengkuran sebagai faktor dalam penjagaan kesihatan dan rawatan bagi isu berkaitan tidur, terutamanya dalam konteks menguruskan hipertensi," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa 1.28 bilion orang dewasa berumur antara 30 hingga 79 tahun di seluruh dunia mengalami hipertensi dan bahawa 46 peratus orang dewasa dengan hipertensi tidak menyedari mereka mempunyai keadaan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024