GAYA HIDUP
#DapurGooddayMisiSarimah&TuyahVSCheTon: Che Ton Ajak Inspektor Sani Masak! Ini Resepi Penuh ‘Ikan Tenggiri Masak Cuka, Kalian Ikan Masin & Bread Butter Pudding’
Mesti ramai yang merindui gelagat Che Ton yang merupakan watak lakonan pengacara Sherry Alhadad dalam drama siri Khunsa bersama Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim).
ARTIKEL BERKAITAN: 'Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton - Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli!’ Bakal Buat Penonton Tak Kering Gusi
Bagi mengubat hati peminat, mereka kembali menerusi program realiti drama memasak pertama di Malaysia, ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ bermula 1 Mac.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Untuk episod pertama, Che Ton ditemani oleh Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak dalam filem Polis Evo) yang muncul secara tiba-tiba disebabkan sesat dalam dimensi lain.
Alang-alang dah sesat, Che Ton pun mengajak Inspektor Sani untuk bersama-samanya memasak menu ‘nasi putih, ikan tenggiri masak cuka dan kalian ikan masin’, selain itu, ada juga ‘dessert’ iaitu ‘bread butter pudding’
Jom ‘check it out’ resepi untuk menu-menu tersebut;
Ikan Tenggiri Masak Cuka
#Bahan Ikan Goreng
Ikan tenggiri
1-2 SK (sudu kecil) garam
2 SK serbuk kunyit
#Bahan Ikan Masak Cuka
4 cawan air
1 senduk minyak masak
1/2 senduk cuka makan
1 sk biji sawi
1 biji bawang besar
2 inci halia
4-6 biji bawang merah kecil
8 ulas bawang putih
1 batang serai (pilihan)
1/3 batang timun
1-2 biji tomato
2 tangkai cili merah (pilihan)
8-10 tangkai cili padi
1/2 sb gula
2 sk serbuk perasa
Garam secukup rasa
#Kailan Ikan Masin
Bahan Utama
1 ikat sayur kailan
3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
4 biji cili padi, ketuk
1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak
garam dan gula, secukup rasa
#Bahan puding
1 paket roti saiz besar
3-4 cawan susu segar @ full cream
3-4 biji teur gred A
3-4 sudu makan gula – boleh ubah suai ikut tahap kemanisan yang disukai
Esen vanilla secukupnya
3-4 sudu makan mentega – cairkan
Topping: buah campur, kekacang atau cip coklat
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video