Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana akui terkilan dan kecewa dengan tindakan rakan-rakan baiknya yang mengadakan sesi siaran langsung di Instagram pada 20 Julai lalu semata-mata untuk bercerita tentang perihal dirinya.
BACA: Siti Nordiana Sediakan Peguam, Ulas Dakwaan Tular Kemelut Dengan Syura & Lan Solo
Malah, kata figura yang popular dengan panggilan Nana itu, kemelut yang terjadi ini membuka matanya untuk bijak memilih kawan.
"Mestilah sayang, persahabatan dengan mereka terbina sudah lama. Mereka pun sahabat yang baik, susah senang dengan saya dan saya sangat menghargai mereka.
"Cuma saya rasa terkilan dengan perkara yang sudah berlaku ini kerana ia dibawa ke media sosial dan didedahkan kepada umum.
"Apapun, kalau berkawan ini kalau boleh kita berbincanglah kalau ada yang tak puas hati... Selesaikan cara baik dan jangan kongsikan di publik.
"Saya suka berkawan dan saya berkawan dengan semua orang tapi kawan yang kita mesti cari mestilah kawan yang akan mempengaruhi kita. Pilih kawan yang baik, kita pun akan jadi baik," katanya.
Nana ditemui pada sesi sidang media khas secara maya pada Jumaat.
Dalam sidang media itu, pelantun lagu Bukan Mengungkit Tapi Membangkit itu turut menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadapnya menerusi sesi siaran langsung Instagram Live penyanyi Syura, Lan Solo dan isterinya, Sheila selain jurusolek Aida G serta pengurus artis dan promosi, Sam Samin.
BACA: Difitnah Di IG Live, Siti Nordiana Buat Laporan Polis & Sediakan Notis Tuntutan Maaf Kepada 5 Individu Ini
Justeru, Nana menyerahkan kepada peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin untuk menyelesaikan perkara terbabit selepas membuat laporan polis pada Jumaat dan akan menghantarkan notis tuntutan maaf pada Isnin nanti.
"Saya serahkan kepada peguam saya untuk menyelesaikan kes ini dan kami akan berbincang apa langkah selanjutnya.
"Saya pun faham, kita sebagai manusia biasa tak sempurna untuk menghakimi mereka. Saya terbuka dan akan berbincang dengan peguam.
"Kalau ada perkara yang tak puas hati boleh hubungi saya secara personal dan profesional, bukan di IG Live," tegasnya.
Kata Nana lagi dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak-pihak berkenaan cuma menyedari perkara ini menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.
"Sebelum ini mereka unfollow IG saya, saya tak ambil serius pun mungkin ada masalah teknikal. Saya pun tak bertanya lebih lanjut.
"Lagipun, saya sibuk dengan kerja saya dan kena juga menjaga kesihatan. Ada banyak benda lain lagi nak kena fikir," ujarnya.
Tambah pengurus Nana, Anas, situasi yang berlaku masih terkawal dan tindakan yang diambil bagi menjaga reputasi Nana sebagai artis yang bersih dari kontroversi.
"Apa yang berlaku ini masih dalam kawalan cuma kami bimbang ia akan mengganggu kontrak dengan agensi iklan dan produk. Setakat ini semuanya masih berjalan lancar," katanya.
Amri Hassan
Fri Jul 23 2021


Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Semoga menjadi pengajaran.

Hot Seat All Stars GV, Zamani Dominasi Undian Peminat! - "Saya Gembira Masih Ada Peminat"
Zamani mendominasi undian untuk carta hot seat dengan peratusan 11.11

Noor Nabila & Engku Emran Sah Cerai Selepas 2 Tahun Kahwin - “Semua Ini Adalah Takdir Untuk Dilalui,”
Rumah tangga usahawan Noor Nabila dan Engku Emran yang dibina sejak dua tahun lalu berakhir dengan perceraian pada Isnin.

GV10: “Dia Keluar Seorang, Control Satu Pentas” - Datuk Ramli MS Jawab Jadikan Naqiu Sebagai KPI
Padu betul Naqiu perform konsert pertama All Stars Gegar Vaganza.

Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang, Liza Hanim; "Yer, Akak Sedar... Orang Tak Cantik Tak Boleh Menang Apa-Apa Ker?"
Liza Hanim tampil memberikan respon terhadap komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk fizikalnya.