Laman Utama

Siti Nordiana Sediakan Peguam, Ulas Dakwaan Tular Kemelut Dengan Syura & Lan Solo

Asraf Aided
21/07/2021
09:25 MYT
Penyanyi Siti Nordiana enggan mengulas lanjut mengenai kemelut antaranya dan beberapa individu lain termasuk Lan Solo dan Syura Badron.
Kata Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia kini sedang dalam proses perbincangan bersama peguamnya.
"Maaf, sebenarnya saya tak boleh komen mengenai perkara ini sebab saya masih dalam perbincangan dengan peguam," ulasnya ringkas.
Malam tadi, kecoh apabila Lan Solo bersama isterinya, Nur Sheila Hassim tampil membuat pendedahan mengenai sikap sebenar seorang penyanyi wanita yang difahamkan ditujukan kepada Nana.
Sesi siaran langsung Instagram sekitar pukul 12 tengah malam itu turut disertai penyanyi Syura, jurusolek selebriti Aida Glam dan pengurus artis dan promosi, Sam Samin.
Dalam siaran langsung berdurasi hampir dua jam itu pelbagai kisah dibongkarkan termasuk beberapa perkara berbangkit antaranya isu menumpang populariti, bayar duit makan dan sikap membawa mulut kepada pihak ketiga.
Disebabkan perkara itu juga, hubungan persahabatan mereka yang terbina sejak berpuluh-puluh tahun retak dan mulai renggang sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, sesi siaran langsung Instagram itu tidak disimpan dan dipadamkan daripada media sosial sejurus selepas sesi terbabit tamat.
Gempak juga telah cuba menghubungi semula beberapa individu yang menyertai sesi siaran langsung itu namun tidak mendapat sebarang respon.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Viral

Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

gempak
02/07/2024
12:28 MYT
Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah akhirnya tampil menafikan dakwaan menyeleweng dana orang awam termasuk tuduhan yang dilemparkan terhadap diri dan suaminya, Aliff Teega.
Viral

Peguam Diganggu Makhluk Halus, Pintu & Tingkap Diketuk Setiap Pukul 3 Pagi

gempak
28/06/2024
08:59 MYT
Seorang peguam berkongsi kisah seram dirinya berhadapan dengan gangguan 'makhluk halus' di TikTok.
Viral

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam - "Saya Tak Ada Wang Ringgit, Tapi Saya Ada Allah"

gempak
26/06/2024
00:45 MYT
Bekas pembantu kepada usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani akan meneruskan perjuangan biarpun tanpa bantuan peguam.