Darian Aledra Enggan Layan Mesej Lucah Daripada Peminat - "Selalunya Datang Dari Jantina Yang Sama"
Pelakon baharu meningkat naik, Darian Aledra akui pernah menerima mesej lucah dari peminatnya sejak mula menjejakkan kaki ke industri seni.
Menurut Darian atau nama sebenarnya Muhammad Darian Aledra Mohd Fadli,26, antara kandugan yang pernah diterimanya adalah video lucah yang membuatkan dia rasa kurang selesa.
“Ada je yang mesej yang keterlaluan yang saya dapat sebenarnya. Sebelum saya menjadi pelakon pun saya dah banyak menerima mesej yang sebegitu.
“Mereka hantar video keterlaluan kepada saya tanpa ada perkenalan diri. Itulah yang paling teruk yang saya pernah dapat dari peminat,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama Dari Mata Turun Ke Hati akui kebanyakan mesej-mesej tersebut datangnya daripada peminat lelaki.
Bagaimanapun, Darian mengambil langkah tidak melayan sebarang mesej yang dihantar kepada.
“Mesej berlebihan yang normal saya tak balas dan tak pandang sangatlah tapi kalau yang betul betul berlebihan itu selalunya datang dari jantina yang sama," ujarnya.
Dalam masa sama, apabila ditanya mengenai status peribadinya, aktor itu menegaskan dia dimana dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada karier lakonannya.
“Saya tak ‘available’ sebab saya terlalu fokus dengan kerja. Walaupun banyak mesej masuk, saya tetap pilih untuk utamakan karier saya.
“Bagi saya, bila saya bekerja, saya betul-betul bekerja. Tak sempat nak terpesong ke mana-mana. Kalau nampak ada ‘spark’ dengan pelakon gandingan pun, itu hanyalah chemistry semasa berlakon. Saya memang beri 100 peratus fokus pada lakonan,” jelasnya.
Bagaimanapun, Darian meluahkan rasa bersyukur kerana masih mampu kekal fokus dan tidak mudah terpesong dengan gangguan luar.
“Setakat ini, pengalaman saya dalam industri masih lancar dan saya masih mampu kekalkan fokus. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik,” kongsinya.