Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

Firdaus
24/07/2024 07:25 MYT
Datuk Red memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk menyingkirkan Datin Red dalam hidupnya.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu menyatakan perpisahan yang berlaku sebelum ini bukannya alternatif untuk 'keluar' dari perhubungan dengan salah seorang daripada bekas isterinya.

"Ada pihak yang cakap ini semua permainan saya untuk singkirkan Datin Red. Sebenarnya dua-dua mohon bercerai dengan saya.

"Jadi untuk singkirkan memang tak pernah terfikir. Sehingga iddah saya ada tunggu tapi tak ada yang ingin merujuk semula. Takkan saya seorang saja yang perlu memujuk sebab ia seperti bertepuk sebelah tangan," katanya ketika dihubungi Gempak.

Sudah Berbincang Dengan Datin Red

Bercerita lebih lanjut, Datuk Red turut berkongsi dia dan Datin Red sudah berbincang tentang perancangannya untuk merujuk semula dengan Adira pada tahun hadapan.

"Lepas habis iddah antara kami berdua, kami dah berbincang dan saya doakan kebahagiaan masing-masing.

"Macam dia (Datin Red) pun dia muda lagi, kalau dia ada jodoh lain pun tak ada masalah, saya masih boleh berkawan dengan dia," jelasnya.

Terdahulu, Datuk Red melafazkan cerai terhadap Datin Red di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar, serta difahamkan wanita itu juga tidak menuntut sebarang nafkah kepada bekas suaminya.

BERITA TRENDING:"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

​BERITA TRENDING:"Hari Ni Hari Ke-5 Kami Couple" - Datuk Red & Adira Kembali Bercinta?

​BERITA TRENDING:Adira Beri Bayangan Mahu Rujuk Dengan Datuk Red? - “Nak Kahwin Dengan Awak Sahaja”

​BERITA TRENDING:Datin Red Cerai Tak Tuntut Nafkah, Kekal Hubungan Baik - “Saya Tahu Dia Tidak Sekejam Itu”

Ia berikutan, Datin Red memahami situasi masalah kewangan dihadapi bekas suaminya itu dan dia enggan menyusahkan Datuk Red serta bertekad akan berusaha sendiri mencari pendapatan menyara anak-anaknya.

Sebelum ini, Datin Red memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya itu pada penghujung Januari lalu, selain bekas madunya, Adira memfailkan perceraian pada 25 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, ketika prosiding kes cerai mereka pada 18 Mac lalu, Datuk Red enggan menceraikan Datin Red kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangga yang sudah lama dibina itu.

Datuk Red yang pernah berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 mempunyai empat anak iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
#Kahwin #cerai #Adira #Datuk Red #Rumah tangga #Datin Red #Hubungan