Datuk Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Syamsul-Ira
Asyraf Roslan
30/08/2024 01:25 MYT
30/08/2024 01:25 MYT
“Saya tak nak campur, itu bukan urusan saya,”
Itu komen pengarah filem, Datuk Yusof Haslam mengenai isu kes perceraian Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Tidak Mahu Masuk Campur
Menurut pengarah filem, Bayangan Maut itu tidak manis baginya untuk masuk campur urusan rumah tangga seseorang meskipun itu adalah anaknya sendiri.
“Biar Syamsul yang selesaikan, pihak sana saya tak nak campurlah. Bagi saya tak manis kalau saya campur.

“Dia datang ke tak datang bukan urusan saya, saya pun tak boleh menyebelahi mana-mana pihak walaupun anak sendiri. Biar mereka selesaikan sendiri saya dan datin doakan yang terbaik sahaja,” ujar Datuk Yusof Haslam.
BERITA BERKAITAN: Mahkamah Tetapkan Tarikh Semula Kes Cerai Syamsul Yusof - Ira Kazar
BERITA BERKAITAN: Peguam Maklumkan Syamsul Yusof Sedia Lepaskan Ira Kazar
BERITA BERKAITAN: Upload Gambar Baru Di IG, Ramai Terpegun Lihat Penampilan Terkini Ira Kazar - "Cantik, Macam Orang Turki"
BERITA BERKAITAN: Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!
Sentiasa Doa Yang Terbaik
Menurut Yusof Haslam, dia dan isteri ada mengikuti perkembangan namun tidak mahu mengeluarkan sebarang komen mengenainya.
Tetapi sebagai ibu bapa, mereka sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.
“Kita sekarang ini handphone di tangan, TikTok dan sebagainya, Datin baca tapi dia cakap tak perlu komen, tapi setiap kali kes Syamsul sebagai orang tua kita mendoakan yang terbaik.
“Tiada ibu bapa yang nak bermusuh dengan anak sendiri,marah bukan bererti benci, senyum bukan bererti suka. Ada makna semua itu tapi kita mengharap yang terbaiklah,” tambahnya.
Datuk Yusof Haslam ditemui semasa Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sheriff Narko Intergriti pada Khamis.
Sedikit info sebutan kes perceraian pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ditetapkan ke tarikh baharu iaitu 25 September depan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.
Peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais berkata kedua-dua pihak perlu hadir ke tarikh yang ditetapkan oleh hakim syarie, Maizatul Aliza Chee Din.