Berita

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

gempak
Khairil Khusyairi
28/08/2024
23:25 MYT
Sponsor Banner
DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka
Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini dibatalkan.

Hormat Keadaan Semasa

Menerusi sebuah kenyataan di Facebook, pihak DBKL memaklumkan sambutan ambang merdeka yang dimeriahkan dengan persembahan artis itu dibatalkan.
Menurut kenyataan itu, pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar pusat bandar raya ini, baru-baru ini.

"Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme," tulis dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu yang menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang.
Mangsa dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi itu dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keenam, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Laluan Sekitar Jalan Masjid India Ditutup Kepada Semua Kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Frankie & Denti, Wira Batang Kali Kembali Beraksi

ARTIKEL BERKAITAN: Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Kira-Kira 50 Meter Dari Lokasi Insiden Wanita Terjatuh Di Masjid India

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Anak Sahkan Wajah Mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live