Berita
Tanah Jerlus Masjid India: Laluan Sekitar Jalan Masjid India Ditutup Kepada Semua Kenderaan
Laluan sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, ditutup kepada semua kenderaan hari ini.
Ditutup Kepada Semua Kenderaan
Ia berikutan satu lagi insiden tanah mendap di kawasan tersebut yang dilapor berlaku jam 2.30 pagi tadi susulan hujan lebat.
Tinjauan mendapati laluan sepanjang kira-kira 300 meter dipasang pita keselamatan, dengan anggota Rela bertugas bagi mengawal keadaan.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan mendapan baharu berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden minggu lalu.
Kejadian pada Jumaat lalu itu menyebabkan seorang wanita warga India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.
Operasi mencari mangsa tanah jerlus masuk hari keenam hari ini.
Sumber: Awani
Must-Watch Video